Bajet 2013-6 Tuntutan CUEPACS Menjelang Pembentangan Bajet 2013

by Staff Agenda Semasa on September 20, 2012 · 2 comments

omar cuepacs bajet 2013Bajet 2013 pada 28 September 2012 sudah tidak lama lagi.Bagi penjawat awam, inilah masa dan ketikanya mereka boleh mintak macam-macam.Lebih-lebih lagi, Pilihanraya Umum ke-13 juga sudah semakin hampir. CUEPACS hari ini, telah melancarkan 6 tuntutan untuk Penjawat Awam sempena pembentangan Bajet 2013.

Cuepacs6 Tuntutan CUEPACS Bagi Pembentangan Bajet 2013

  1. Kerajaan dapat menyediakan lebih banyak perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan harga sekitar RM 60,000 hingga RM 150,000.
  2. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) ditingkatkan daripada ITP yang diterima penjawat awam sekarang.
  3. Memberi bonus sebanyak dua bulan gaji untuk kakitangan awam
  4. Membela nasib 45,000 kakitangan awam berstatus kontrak yang berakhir 31 Disember 2012 ini.
  5. Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat
  6. Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan (KGT)

omar osman cuepacsSekiranya daripada 6 tuntutan di atas, 70 peratus diluluskan oleh pihak kerajaan dalam pembentangan Bajet 2013, Cuepacs yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam dikatakan telah berjanji kepada kerajaan agar penjawat awam mesti bekerja lebih masa sebagai balasan di atas tuntutan yang dipenuhi dalam Bajet 2013 ini

  • Cuepacs akan pastikan akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja supaya┬ákakitangan kerajaan datang kerja 15 minit lebih awal dan balik lewat 15 minit lebih lewat
  • Bermakna selepas ini kakitangan kerajaan akan ditambah 30 minit masa bekerja setiap hari tanpa ganjaran

 

Cadangan CUEPACS ini, ada yang kami fikirkan perlu dan ada juga yang kami fikirkan ianya tidak relevan. Bukan menidakkan hak kakitangan awam, tetapi janji untuk bekerja lebih masa sekiranya tuntutan CUEPACS di penuhi dalam pembentangan Bajet 2013 kali ini, nampak seperti tidak relevan.

Sebelum tuntutan CUEPACS ini pun, ada kakitangan awam yang hadir bukan 15 minit awal, 30 minit awal pun ada. Dan begitu juga pada waktu habis bekerja, masih ada lagi kakitangan awam yang pulang lewat kerana menyiapkan kerja.Ada yang sampai pukul 7 malam, 8 malam.

Rasanya, janji daripada CUEPACS itu memang sudah menjadi budaya kakitangan awam yang ada. Bukan semuanya kakitangan awam yang datang lambat, pulang awal, tak punch card dan sebagainya.

Masalah itu adalah masalah terpencil di mana, hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelangan. Hanya 2 atau 3 orang yang bermasalah, habis satu Jabatan yang terkena tempiasnya. Bagi kami, pendapat mengatakan kakitangan awam malas, selalu ponteng, adalah tidak adil.

Jani yang sepatutnya adalah, melaksanakan Key Performance Indicator (KPI), bukan sahaja pada ketua-ketua jabatan atau pengarah, tetapi kepada semua kakitangan awam.Di mana, KPI ini pula akan digunakan untuk menilai kakitangan awam bagi kenaikan pangkat, Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan sebagainya. Ini bagi kami lebih baik.

Namun begitu, kami juga inginkan pendapat anda dalam isu ini.Kongsikan pendapat anda bersama kami.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: