Bajet 2014 : Cadangan Dan Harapan Anda?

by Staff Agenda Semasa on October 14, 2013 · 1 comment

Pembentangan Bajet 2014 malaysia

Kira-kira, 2 minggu sahaja lagi sebelum Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan membuat Pembentangan Bajet 2014 Malaysia di Parlimen pada 25 Oktober nanti.Untuk bajet 2014 ini, sudah pasti ramai rakyat Malaysia menunggu apakah intipati bajet dan arah tuju kerajaan tahun depan.

Sebelum ini, PM sendiri ada minta cadangan dan pendapat rakyat untuk Bajet 2014 ini.Tapi, soalnya sekarang, setiap tahun minta pendapat, tapi adakah pandangan dan idea dari rakyat itu dimasukkan dalam belanjawan? Sebenarnya, intipati belanjawan sudahpun disiapkan awal-awal lagi.

Cuma sekarang ini, mungkin intipati belanjawan 2014 sedang diperhalusi.Permintaan Najib Razak, adalah untuk membuat semakan samada belanjawan 2014 kali ini selari dengan pandangan dan rintihan rakyat.

Terdahulu, kami telah pun membentangakn beberapa cadangan dan idea buat kerajaan untuk Bajet 2014 nanti.(Baca Di Sini).Cuma pada kali ini, kami ingin menambah baik beberapa lagi cadangan dan idea untuk bajet 2014 ini bersandarkan keadaan semasa.

Bajet 2014 Malaysia : Idea & Pandangan Agenda Semasa

  • Menaikkan elaun rumah dari RM 180 kepada RM 400 minimum
  • Penyelarasan elaun COLA kepada RM 300 untuk semua zon
  • Elaun khidmat Awam dinaikkan kepada RM 180
  • Memperbanyakkan lagi rumah mampu milik bagi program Projek Perumahan Penjawat Awam minimum RM 100,000 hingga RM 250,000
  • Faedah pinjaman peribadi dikurangkan kepada 2% daripada 4% sekarang oleh kerana tempoh pinjaman peribadi yang dikurangkan.
  • Bonus pekerja swasta dikecualikan daripada cukai pendapatan
  • Cukai individu dikurangkan
  • Harga minyak diturunkan sebanyak RM 0.40 kepada RM 1.70 seliter
  • Syarat pinjaman perumahan kedua diperketatkan bagi membendung spekulasi harga rumah.Cth : 50% deposit.
  • Penghapusan Tol yang sudah beroperasi lebih 25 tahun
  • Penurunan harga kereta seperti yang dijanjikan dalam Manifesto BN semasa PRU 13
  • Pengurangan belanjawan bagi sektor awam yang tidak memberi kesan menyeluruh atau hanya program syok sendiri seperti Susu 1 Malaysia, dan berkaitan dengannya.
  • Menaikkan had minimum gaji untuk bantuan BR1M kepada RM 5,000 dan ke bawah.
  • Mengurangkan subsidi korporat dan mengembalikan subsidi kepada rakyat.Cth : Subsidi IPP
  • Tidak meneruskan projek-projek yang tidak membawa apa-apa pulangan dalam jangka masa panjang.
  • Menghapuskan fungsi orang tengah dalam barangan mentah seperti Ikan, Ayam dan sebagainya.
  • Idea anda?

Kami berharap, kerajaan Malaysia dapat membuat pembentangan Bajet 2014 yang mempunyai pelan dan strategi yang baik kali ini.Kita tak mahulah asyik dibuai mimpi.Dulu sebelum PRU 13, heboh sana-sini beritahu rakyat ekonomi Malaysia meningkat.

Tak sampai beberapa bulan, dah umum Malaysia mengalami sedikit kemelesetan ekonomi.Sudahnya, rakyat yang kena tanggung kerosakan yang dibuat pihak atasan yang bertanggungjawab diberi amanah menguruskan wang cukai rakyat.Nasihat kami, rakyat sekarang semakin cerdik.Sila buat pertimbangan yang lebih adil dalam menguruskan wang rakyat.

Apa pula harapan pembaca Agenda Semasa untuk bajet 2014 kali ini?Kongsi-kongsilah dengan kami!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: