Bonus 2013 : CUEPACS Syor Bonus Kakitangan Awam 1.5 Gaji.Setengah Bulan Sebelum Raya!

by Staff Agenda Semasa on June 24, 2013 · 39 comments

Bonus Raya Kakitangan Awam 2013Bonus 2013 : Rasaya, memang ramai kakitangan awam yang tertunggu-tunggu samada mereka mendapat laba bonus kakitangan awam sempena Hari Raya tahun 2013 tidak lama lagi.

PM Dan Umum Bantuan Khas Raya 2013 Kepada Kakitangan Awam RM 500 & RM 250 Untuk Pesara.KLIK SINI!!!

Sudah pasti, Presiden CUEPACS,Datuk Omar Osman mendengar rintihan kakitangan awam semua.Maklumlah, dah dekat nak bulan puasa, kemudian nak sambuat Hari Raya pula, jadi duit memang banyak nak pakai.Oleh sebab itu, beliau akan mengadakan mesyuarat esok berkenaan Bonus Raya bagi kakitangan awam yang kemudian akan dibawa kepada pihak kerajaan.

Melaka Tengah: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada lebih 1.4 juta kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata daripada jumlah itu, pembayaran setengah bulan gaji kepada kakitangan awam terbabit dibuat sebelum menjelangnya perayaan Aidilfitri nanti.

“Bagaimanapun, jumlah sebenar pemberian bonus yang akan dicadangkan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kongres CUEPACS esok (hari ini) yang dianggotai 135 ahli di Wisma CUEPACS sebelum di bawa kepada kerajaan.

“Saya berharap kerajaan akan membayar (bonus) lebih sebulan setengah atau setidak-tidaknya kekal seperti 2012 iaitu sebanyak sebulan setengah gaji,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan CUEPACS Bahagian Melaka di sini, semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng serta Pengerusi CUEPACS Bahagian Melaka, Md Salleh Majid.

Omar berkata, permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana memikirkan keperluan kewangan tinggi kakitangan awam setiap kali menyambut musim perayaan.

Memang bertuahlah kakitangan awam, dapat Presiden macam Datuk Omar Osman ni.Walaupun kakitangan awam dah diberikan kenaikan tangga gaji khas seperti yang dikeluarkan oleh pekeliling JPA untuk gaji bulan Julai ini, masih ada lagi usaha pula untuk mendapatkan bonus raya 2013 bagi kakitangan awam sehingga sebulan setengah gaji.

Apa-apa pun, ianya masih di peringkat cadangan dan belum tentu kerajaan akan meluluskan permintaan CUEPACS soal bonus kakitangan awam ni.Maklumlah, bukan kakitangan awam sahaja yang perlu dijaga.Masih banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.Pada pendapat kami, adalah lebih baik Omar Osman hanya fokus untuk menaikkan elaun rumah dan elaun sara hidup (COLA) bagi kakitangan awam sahaja, yang pada fikiran kami, lebih bersesuaian.

Takut nanti, minta macam-macam, naik muak pulak kerajaan dan kakitangan swasta dengan permintaan-permintaan yang asyik melebihi kepada kakitangan awam sahaja.Ianya terpulang kepada Perdana Menteri samada bonus raya bagi kakitangan awam untuk tahun 2013 ini diluluskan atau tidak.Kalau lulus, kami ucapkan tahniah, kalau tidak, jangan berkecil hati.

P.S : Takut yang dikejar tak dapat…yang dikendong berciciran…

{ 38 comments… read them below or add one }

pop June 26, 2013 at 3:45 pm

Tuan Tanah…..

Tak semua kakitangan gaji tinggi. Berapa ramai pegawai yang kamu jumpa gajinya lebih 7K? a few. Majoriti sekitar 2-3K, barang naik, kereta hutang, rumah hutang, anak2 lagi….. sigh…

Reply

Joey Hanzz July 2, 2013 at 12:42 am

Harap² ada la bonus raya tahun nie..dh dkt bln posa..xdgr apa² pngumuman bonus raya pon..huhuhu..

Reply

puzzle July 3, 2013 at 9:07 am

tu la..harap-harap ada..dalam berita harian cakap kakitangan awam akan dapat bonus raya pada 9 Ogos 2013, tapi tu raya kedua..tapi tak pasti kesahihan berita tu lg..

Reply

Staff Agenda Semasa July 3, 2013 at 10:24 am

berita mengenai bonus raya di berita harian tu tak dapat dipastikah kesahihannya..

Reply

SARA July 5, 2013 at 11:38 pm

harap-harap kerajaan bagi bonus utk raya ni, sangat tak cukup bagi kami yg gaji dibawah rm4k,kampung halaman jauh, mnyak tol, baju raya mak abah di kampung, keperluan anak-anak lagi,sangat tidak cukup walau gaji naik rm225 sebulan.,

Reply

goku July 8, 2013 at 11:42 pm

ciannya kt kat msia ni..graduate keja smpai 18 thun bru rsa 6 ke 7k?..keja mcdonald kat us pn rm 6 ke 7k jg kan?

Reply

pop July 10, 2013 at 12:35 pm

Gaji kakitangan awam di malaysia adalah antara tertinggi di dunia jika dibandingkan dengan Indonesia, Timor Leste, Mynmar, err (jangan sebut singapore arr….Grrrr!!!) Mongolia…opss…ehh….Kita antara kerajaan paling baik di dunia….kita bla…bla..bla..ini lah Barisan Nasional…

Reply

katanajeeb July 15, 2013 at 5:24 pm

wakaka… komen atas ni kelakar.. LIKE!

Reply

tepet July 16, 2013 at 9:56 am

Lu ni pandai gila la pop!!!!! negara2 yang lu sebut tu negara maju ke? klu lu x tau x yah nk sembang lh beb… Aku dh g Timor Leste, klu x silap negara tu br merdeka thn 2000 kot. 90% penduduk agama kristian & 10% indonesia & lain2 ( peniaga di sana ). Matawang digunakan dollar amerika. Banggunan yang paling tinggi kt sana x sampai 10 tingkat. Jln2 kt sana byk yg x berturap. Pengangguran 80%. Lu nk banding gaji kakitangan negara tu dgn Malaysia ke? ha…ha…ha…x yah wt lawak lh…klu ada pe2 yg silap tlg betulkan.

Reply

pop July 17, 2013 at 2:17 pm

Anatologilah. Korang tak perasan ke? Bila sebut Harga kereta compare dengan Singapore, bila kita rakyat compare dengan Thailand, Gov mengelat compare reger minyak pulak, bila rakyat bising pasal tax, Gov mengelat compare dengan amerika, tax everywhere katanya, bila bising pasal gaji….. nak compare dengan negara mana.

psst: research aku masa 2010, minyak dan gula memang mahal kat US tapi bila riki2 “SPA” portal diorang, kemasukan kerja kerani sataraf SPM starting RM7000.00 sebulan tanpa elaun. Ada kita nak kisah minyak 3 hengget seliter, gula 3 hengget sepeket kalu gaji macam negara maju? Kereta murah plak tuh. Honda civic dalam RM57K je dan di sana merupakan jenama KERETA MAMPU MILIK. 57k gaji 10k sebulan. SPM level. Hmm.

Reply

HAMPEH July 27, 2013 at 12:58 pm

SETUJU cam pernah dengar, selalu dengar , cam terdengar-dengar je

Reply

goku July 8, 2013 at 11:54 pm

ciannya kt kat msia ni..graduate keja smpai 18 thun bru rsa 6 ke 7k?..keja cashier mcdonald kat us pn rm 6 ke 7k jg kan?

Reply

rai rai July 9, 2013 at 4:36 pm

semoga DS Najib akan pertimbangkan… rsnya kalo permintaan cuepacs ni diluluskan, mmg tersenyum lebar la kami kakitangan awam ni..

Reply

mohd hafizul July 10, 2013 at 11:10 am

Kajian semula keperluan dan sasaran kerja kakitangan setiap jabatan perlu dikaji semula berdasarkan pengalaman dan kemahiran serta faktor umur harus disesuaikan dengan tangga gaji mudah-mudahan berbaloi dan munasabah

Reply

gov servant July 10, 2013 at 1:11 pm

yg gaji tinggi tu siket2 da la…setengah bulan gaji pn da byk..huhu

Reply

E1 July 12, 2013 at 10:37 am

Rasa nyer tahun nie kaki tangan awam tiada bonus..sebab najib sudah kasi naik kali byk kali..

Reply

puteri salju.. July 12, 2013 at 11:10 pm

Pada pendapat saya jika susah sangat nak buat permintaan bonus tiap2 tahun atau menambah baik lg semua elaun kakitangan awam adalah lebih baik jika pihak cuepacs buat perbincangan dengan PM agar semua elaun itu di kekalkan seperti gaji pokok. takdelah susah2 nak buat loan atau minta bonus tiap2 tahun. perasan tak selalunya bila kerajaan umum naik gaji kenaikan yang berjawatan tinggi mendapat berlipat kali ganda dari mereka yang gred rendah. apa kata sesekali kenaikan di buat tidak melibat kan mereka yang sudah bergaji 2000 keatas . ataupun jika kerajaan memberi kenaikan kepada pegawai gred rendah sebanyak 20% kenaikan gaji pegawai yang berjawatan tinggi hanya mendapat 8% sahaja. klau di lihat dari angka mmg tidak adil tapi 8% dr gaji mereka mmg cukup banyak jika di bandingkan dengan 20% gaji kakitangan yang bergred rendah.. so timbang2kan lah ya..

Reply

Kutennn Kutennn July 13, 2013 at 5:04 am

Pandai tul putri salju ni.ko ingat org yg gaji 2000 lebih xde anak bini nk bg makan?ko sorg je nk kenaikan gaji?btullah pemikiran ko ni tahap spm.ada ati nk kenaikan 20%, smbungla bljar.ni tak, menyalak sana, menyalak sini.org bagi lebih amik.org bagi sket, pegi la cari side income.lawak la ko no.hehehe

Reply

nonama July 13, 2013 at 1:06 pm

Aku sokong, lain kali kena belajar pandai2. Masih ada masa utk belajar lebih tinggi. Belajar biar hingga ke liang lahat.

Reply

tepet July 16, 2013 at 9:36 am

Kejayaan seseorang bkn diukur dari segi akademik je bro ( nonama ). Byk lg org yg berjaya walaupun x de kelulusan tinggi. Jgn kita lupa, sesungguhnya Allah itu maha berkuasa.

Reply

bujang July 16, 2013 at 11:10 am

ko ingat semua awam berjawatan rendah takda kelulusan ker? cakap tu jgn mcm bagus sangatlah…bukan semua org bernasib baik dapat jawatan mcm ko tu….bangang punya jawapan ko bagi

Reply

basri July 14, 2013 at 4:13 pm

kami lagikecik gajinya berrbanding dengan gred atasan,gaji baru 2k ke bawah dan banyak perkara kena fikir bila menjelang hari raya. harap ambil perhatian pihak berkenaan.Anak tunggal,tanggungjawab lagi la berat memndangkan gaji bawah 2k.

Reply

dasauto July 25, 2013 at 12:28 am

Sepatutnya minta bagi pihak sendiri jer…harap jer dapat bonus yang banyak untuk diri sendiri.ni tidak!mintak supaya gaji/bonus orang lain dikurangkan…nampak sangat dengki hati busuk dengan rezeki orang lain.orang jenis mcm ni..rezeki takkan murah punya. asyik tengok duit orang lain lebih pada dia.
ubahlah mentaliti tu…belajar bersyukur…
dan paham konsep rezeki.

Reply

linda July 15, 2013 at 9:35 am

kerajaan mampu sebenarnya bagi bonus, kenaikan gaji tahunan, pelarasan elaun cola dan perumahan serta pelbagai lagi yang melibatkan kakitangan kerajaan. Kakitangan swasta jangan iri hati, kerana secara am nya…gaji kakitangan swasta itu sendiri telah lebih banyak berbanding kakitangan kerajaan. Lagipun, kakitangan kerajaan sebenarnya memang patut sangat menerima pelbagai laba dan habuan tersebut…dah lama gaji di takuk yang lama dan elaun elaun tiada penambahbaikan..cuma mungkin orang di sekitaran mendengar pelbagai insentif yang dapat pada kakitangan kerajaan pun hanya semenjak setahun dua kebelakangan ini..jadi tek perlu ada rasa muak atau nampak lain macam. Kakitangan kerajaan memang patut dan dah lama dapat pun pelbagai insentif insentif seperti ini..barulah kerajaan adil dan bijaksana namanya..ingat itu semua kebajikan dan kerajaan berkebajikan dan bijaksana akan dipilh rakyat untuk menerajui negara..bukan yang pandai cakap sahaja, rakyat sudah semakin bijak, maklumat dihujung jari..ahaksss..

Reply

bujang July 15, 2013 at 2:40 pm

kalau buat pelarasan tentang elaun cola jangan lupa kakitangan awam di sarawak. kos hidup di bandar-bandar utama di sarawak seperti miri, bintulu, sibu dan kuching sangat tinggi terutamanya di bandar bintulu.

Reply

dasauto July 25, 2013 at 12:33 am

Betul…miri rumah boleh tahan mahal, makanan punn sama.

Reply

ag July 16, 2013 at 3:06 pm

dah kerja kerajaan…bos kerajaan la…harap bos bagi bonus. harap semua pun dapat, tak kira gaji besar ke gaji kecik. kalau xde bonus, susah sikit la..sbb slama ni pun dengan bonus pun cukup2 je bila balik kg. lepas tu kering.. harap sangat dapat.

Reply

azmi bin tamby July 16, 2013 at 8:39 pm

kalau boleh harap kerjaan bagilah bonus…kenaikan bagi baru 250 mana cukup nak raya… sebab kerajaan yang ajar tiapx tahun bagu bonus … jd dah biasa … tak dpt rasa lain macam … tak balik kg dan tak rayalah…. takan dah menang besar pilihanraya barux nie bonus batal kot….. swasta tak pelah sekali bonus berbulan gaji dpt … kta nak dpt sebulan setengah pun susah giler… simpatilah kami kakitnagan kerajaan nie….

Reply

mambang July 18, 2013 at 2:28 am

yg komen kondem kan kerajaan tu..pasal gaji kat us ah malaysia lah..klu malaysia gaji kecik pi lah us..keje mcdonald..sembang bikin otak lu org beku lah..kita ni br nk maju..us tu mmg dh maju..kita pki ringgit malaysia..xpki dollar..klu rs xsuka dok malaysia..klu rs pm tu meyusahkan kau org..pi lah duduk tempat org sana..dok us sebulan..tgk sebulan berkali kau org leh makan nasi..klu kau org kata hari2 blh makan nasi..aku respec..dok mana pun sama je..dollar besar..brg pun sama mahal gak..kereta dia murah,cukup 5thn pi besi buruk..klu buat kat malaysia cam tu,aku rs mau kau org megamuk..sedangkan kereta yg usia 15thn suruh pi besi buruk pun dh bising..sama sama kita fikirkan..ambil yg jernih..buang yg keruh..xkan kerana ulat sekor dlm epal..sebiji epal kau org nak buang…buang yg ada ulat tu dh ler..

Reply

slay July 19, 2013 at 3:07 pm

“Takut nanti, minta macam-macam, naik muak pulak kerajaan dan kakitangan swasta dengan permintaan-permintaan yang asyik melebihi kepada kakitangan awam sahaja.”

aku betul2 tak setuju ayat admin ni..kakitangan swasta bonus 12 bulan gaji pun ada woo..kami ni nak mintak 2 bulan pun susah. Cola pun kami di Sarawak tak dapat…

Reply

tapa July 19, 2013 at 9:10 pm

Jika kerajaan memberi bonus tahun ini, kita terima dan berkerja dengan lebih gigih, jika tiada pemberian bonus kta juga bersyukur kerana mendapat kenaikan tahunan pada bulan Julai ini. Apa-apa pun saya percaya PM kita memang perihatin dengan situasi semasa lebih-lebih lagi dengan ketibaan hariraya. Serahkan keputusan tersebut pada PM kita.

Reply

LEE TEUK July 21, 2013 at 9:17 am

Kalau dapat bonus, alhamdulillah…. rezeki anak bini untuk beli kelengkapan hari raya…. gaji yang dapat dah bersyukur walaupun hanya RM1200 sebulan. tapi, kalu dah dapat bonus, itu dah membantu sikit. SELAMAT BERHARI RAYA……..

Reply

ain July 25, 2013 at 10:10 am

alhamdulillah semalam PM umum dapat bantuan 500. dapat la tampung perbelanjaan raya.. sebelum ni tertanya2, akhirnya terjawab juga.. Terima kasih Allah dan terima kasih PM.

Selamat berpuasa dan selamat hari raya…

Reply

HAMPEH July 27, 2013 at 12:44 pm

alhamdullillah sukur2 banyak tu bela lembu kat Kondo pun tak dapat banyak ni. banyak ni macam2 leh buat , servis keta nak balik kg, buat boh fuel, bayar tol buat belanja perjalanan balik kg bg kat org tua di kg . Jagi org tengah beli kapal selam pun tak dapat banyak ni. Banyak ni boleh p dok london nu rehat kat sana.

Reply

HAMPEH July 27, 2013 at 1:16 pm

kepada Datuk Omar Osman bila nak letak jawatan , awak tu bodek kuat, pencen umur 60 thn ,bayangkan umur cikgu 60 thn panjat tangga tingkat 3 temengah-mengah 15 minit baru sampai kelas pastu turun plak tangga habis lagi 15 minit .Permintaan ok tapi haram tak dapat dulu janji nak minta elaun rumahla elaun cola hempeh tak dapat.Ni kata bonus sebelum raya 1 1/2 kali gaji tok jib bagi 500 je ,hang tak leh kata pa sbb hang kaki bodek.

Reply

yana July 27, 2013 at 11:53 pm

nak tanya kalau lantikan baru julai 2013,layak ke dapat bonus??

Reply

Staff Agenda Semasa July 27, 2013 at 11:57 pm

setahu kami, anda kena bekerja 2/3 bulan, baru layak dapat bonus.kalau dilantik selepas 9 atau 10 hb julai, anda tidak layak..kalau sebelum tu, mungkin dapat bonus.

Reply

prs September 22, 2013 at 6:50 pm

Peluang nak dapat bonus tahun ini adalah sangat tipis lah.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: