Bonus Kakitangan Awam 2012 Dalam Bajet 2013?

by Staff Agenda Semasa on September 13, 2012 · 2 comments

bajet 2013 bonus kakitangan awam 2012Bonus Kakitangan Awam 2012 : Seperti biasa setiap tahun, menjelang pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini, ramai kakitangan awam sudah mula memasang ‘mata’ dan ‘telinga’ mengenai pengumuman Bonus untuk kakitangan awam untuk tahun 2012 ini.

Setiap tahun, pasti tidak terlepas topik bonus kakitangan awam ini dibualkan masyarakat.Ada yang kata dapat dua bulan, ada kata dapat sebulan dan macam-macam lagi khabar angin.

Bonus Kakitangan Awam 2012

Kalau mengikut gaya dan arus politik yang semakin hampir dengan Pilihanraya Umum ke-13, bonus setengah bulan untuk kakitangan awam sudah pasti. Namun, mana tau kalau kali ini, Perdana Menteri bakal umumkan pengumuman bonus yang lebih banyak.Sebulan mahupun dua bulan.

Kalau betul bonus kakitangan awam 2012 diberi dua bulan, ini memang pecah rekod bagi bonus untuk kakitangan awam. Paling banyak pun, adalah sebulan gaji semasa Tun Dr. Mahathir Mohammad menjadi Perdana Menteri.

Elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Bakal Naik Dalam Pembentangan Bajet 2013?

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) bakal naik dan kami sangat sokong perkara ini memandangkan kadar ITP sekarang yang tidak pernah dibuat penilaian semula sejak sekian lama.

Untuk Elaun Perkhidmatan yang lain, masih belum ada kedengaran apa-apa berita lagi.Walaubagaimanapun, apa-apa yang bakal dimumkan, biarlah kakitangan awam semua berlapang dada dan bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan.

Apa kata kakitangan awam mengenai pengumuman bonus dalam pembentangan bajet 2013 kali ini?

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: