Bonus Kakitangan Awam Raya 2013 : Kerajaan Belum Bincang Bagi Bonus – Kata KSN!

by Staff Agenda Semasa on July 15, 2013 · 4 comments

Dr Ali Hamsa

Bonus Kakitangan Awam Raya 2013 : Tantu ramai kakitangan awam yang dah tak sabar-sabar menunggu pengumuman dari kerajaan berhubung pemberian bonus bagi Hari Raya Aidilfitri tahun 2013 ini.Berikut di bawah adalah kenyataan terbaru dari Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

PUTRAJAYA 15 Julai – Kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.

“Itu juga boleh dianggap bonus, namun terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung tahun dan bergantung kepada output, sekarang terlalu awal untuk membincangkan perkara itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ali berkata untuk tahun ini sahaja kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi pemberian KGT selain penyelarasan gaji untuk skim-skim tertentu.

“Bagi bulan ini sahaja sebanyak enam skim akan ditambah baik dan 81 skim lagi pada November nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk pemberian bonus setengah bulan gaji sebelum Adilfitri yang dijangka disambut pada 8 Ogos ini. – BERNAMA

Kalau dibaca melalui intipati kenyataan KSN mengenai pemberian bonus raya 2013, nampak gaya macam tak ada bonus tahun ini. Ini kerana, pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas telah diberi pada Julai ini dan skim beberapa penjawatan yang telah pun ditambah baik.

Menurut KSN lagi, sebanyak 81 skim jawatan lagi akan ditambah baik pada November 2013 ini.Mungkin ada yang tak kisah dengan pemberian bonus raya dan mungkin juga ada yang mengharap, tapi, kalau dah begitu kenyataannya, ura-ura tidak ada pemberian bonus raya tahun ini dah mula nampak.

Sudahlah tempoh pinjaman peribadi dipendekkan kepada 10 tahun sehingga ramai kakitangan awam yang menimbulkan rasa tidak puas hati, ditambah pula dengan ketiadaan bonus raya pada tahun 2013, kami dapat rasakan, kakitangan awam akan mula terasa bahangnya.

Apa pendapat kakitangan awam di Malaysia dengan kenyataan terbaru KSN berhubung pemberian bonus kakitangan awam 2013 ini?

P.S. Tengok samada keputusan PRU Besut nanti berpihak kepada parti mana….

{ 2 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: