BL1M Online : Bantuan Lesen 1 Malaysia.Permohonan Dibuka Sekarang! RM 199 Sahaja!

by Staff Agenda Semasa on January 20, 2013 · 1 comment

permohonan lesen 1 malaysiaDaftar BL1M Online : Kerajaan terus-menerus memberikan bantuan dan kali ini, skim Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) pula diperkenalkan untuk menepati slogan “Rakyat Didahului, Janji Ditepati”.

Kami sebenarnya menyambut baik cadangan dan dasar kerajaan untuk BL1M ini, dan berharap, ianya bukan hanya sekadar gimik politik pilihanraya. Biarlah bantuan-bantuan seperti BL1M ini, diteruskan dari tahun ke tahun. Bukan hanya ikut musim sahaja. Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) ini akam memanfaatkan hampir 500,000 rakyat yang masih belum memiliki lesen yang sah.

Kalau kita tengok harga Lesen B2 motorsikal yang ditawarkan oleh pengusaha-pengusaha pusat belajar memandu dalam negara, harganya sekitar RM 250 hinggan RM 400. Itupun masih belum campur lagi dengan kos-kos lain yang berkaitan. Jadi, memang tawaran BL1M ini terbaiklah, lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang belum mempunyai lesen atau tidak mempunyai cukup wang nak ambil lesen.

Kepada sesiapa yang berminat nak daftar Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) ini, anda boleh mengetahui cara-caranya yang kami kongsikan di bawah.

bantuan lesen 1 malaysia BL1M online

Mengenai Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M)

BL1M (BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA) diilhamkan oleh SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) pada awal tahun 2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6hb April 2012 dan tamat pada 6hb September 2012 di PEKAN , PAHANG bersama KELAB KAWAN.

Dalam program perintis ini, kami mendapati banyak isu-isu berhubung dengan lesen dan berpendapat bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara.

Program ini telah diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang akan dilaksanakan apabila ianya diumumkan oleh YB. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO MALAYSIA semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Syarat kelayakan Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M)

  • Berumur 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 1 Januari 2013
  • Hanya sah untuk Lesen kelas B2 sahaja
  • Tidak permnah memiliki apa-apa jenis kelas lesen
  • Sihat tubuh badan
  • Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  • Menduduki semua ujian dan lulus ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
  • Bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  • Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)

Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia

1. Untuk membuat permohonan BL1M, sila dapatkan borang BL1M dengan klik pada laman dibawah:

* Pendaftaran telah pun ditutup

2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.

3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.

Semakan Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) Online

Semakan BL1M

Untuk membuat semakan permohonan BL1M anda, sila layari :

Contoh Borang Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) Online

daftar bl1m online

Tarikh Keputusan Permohonan BL1M?

Keputusan BL1M 2013 akan diumumkan selepas 2 minggu dari tarikh pelancaran oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pihak penganjur akan menghubungi anda semua pemohon yang membuat permohonan sebaik sahaja keputusan permohonan BL1M 2013 diumumkan.

Lokasi Belajar Memandu BL1M

Program Bantuan lesen 1Malaysia ini akan dijalankan di mana-mana Institut Memandu yang dilantik oleh Parlimen, berdekatan kawasan pemohon yang telah diluluskan.

 P.S. Bagaimana dengan BL1M ini? Ada yang berminat?

{ 1 comment… read it below or add one }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: