BR1M 2014 : Permohonan BR1M 3.0 Secara Online! Dapatkan Hak Anda Sekarang!

by Staff Agenda Semasa on December 22, 2013 · 3 comments

permohonan-BR1M-3.0-2014

BR1M 2014 : Mulai esok, permohonan bantuan BR1M 3.0 tahun 2014 akan dibuka untuk pendaftaran iaitu dari 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014.

BR1M 2014 : Cara Memohon Bantuan BR1M Secara Online Dan Borang

lhdn br1m

Pada penerima bantuan BR1M sebelum ini, anda tidak perlu untuk mendaftar semula.Hanya perlu kemaskini sahaja maklumat anda sebelum ini.Untuk permohonan baru dan mengemaskini maklumat, ikut langkah-langkah di bawah:

  • Layari laman web hasil.gov.my untuk membuat pendaftaran dan mengemaskini maklumat secara online.
  • Anda juga boleh layari laman hasil.gov.my untuk memuat turung borang permohonan BR1M bagi pendaftaran secara manual.

BR1M 2014 : Jumlah Bantuan & Kategori BR1M 2014

Ada tiga kategori penerima bantuan BR1M iaitu :

  • Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah serta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara, bantuan BR1M yang diberikan adalah sebanyak RM 650.
  • Bagi isi rumah berpendapatan bulanan melebihi RM 3,000 dan tidak melebihi RM 4,000, bantuan sebanyak RM 450 diberikan.
  • Untuk individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan tidak lebih dari RM 2,000, bantuan diberikan sebanyak RM 300.

 BR1M 2014 : Semakan Permohonan BR1M 3.0

Untuk maklumat lanjut, anda boleh :

  • Dail 1-800-88-2716
  • Talian Hotline ini akan beroperasi setiap hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Dalam arus “pelbagai kenaikan” yang dilaksanakan kerajaan, sedikit sebanyak, bantuan BR1M 2014 ini dapat meringankan beban walaupun hanya sedikit bagi yang berhak.Jangan lupa untuk mengemaskini maklumat atau memohon bantuan BR1M 2014 sekiranya anda layak!

{ 3 comments… read them below or add one }

rr December 27, 2013 at 8:49 am

Bersyukur lah… pada mereka yang dapat….

Reply

zecq January 16, 2014 at 11:34 pm

Sepatutnya kena bagi setiap 6 bulan sekali,..

Reply

AZANOORAIN February 21, 2014 at 4:37 pm

I forgot my ID Username and Password. Please explain to me how to solve this problem. To whom I should contact. Thank you.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: