BR1M 2014 : Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2014 Online

by Staff Agenda Semasa on January 27, 2014 · 2 comments

Semakan BR1M 3.0 2014 akan boleh disemak mulai Februari 2014 iniSemakan BR1M 2014 Online : Sudah tidak lama sahaja lagi, nak masuk bulan Februari dimana pada bulan ini, Kerajaan Malaysia akan melaksanakan pemberian BR1M 3.0 kepada lebih 7 juta rakyat Malaysia yang layak.

Sebelum ini, kami sudah pun menulis artikel mengenai permohonan dancara untuk mengemaskini permohonan BR1M 2014 anda (DI SINI). Terdapat beberapa cara untuk menyemak status keputusan permohonan BR1M 3.0 anda.

Cara Semak BR1M 3.0 2014 Secara Online

Semakan Keputusan BR1M  3.0 2014 Secara Online

  • Hubungi talian BR1M 2014 di nombor 1-800-88-2716 (jam 9 pagi – 5.30 petang, mulai hari Isnin – Jumaat pada Februari 2014 ini)
  • Anda juga boleh semak keputusan Br1M 2014 melalui email ke : br1m3@treasury.gov.my.Setiap email yang dihantar akan di balas di antara 2-3 hari bekerja.

Cara Pembayaran BR1M 3.0 2014

Mulai kali ini, pembayaran BR1M akan dibuat melalui pembayaran terus ke akaun bank pemohon atau penerima BR1M 3.0 2014 yang berjaya. Namun ada di sesetengah negeri contohnya Melaka, pembayaran BR1M 3.0 akan dibuat seperti dahulu iaitu melalui kaedah pemberian secara terus dengan tangan.

Musim BR1M datang lagi.Diharap dengan pembayaran bantuan BR1M 3.0 pada bulan Februari ini, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat yang sedang mengharungi kos sara hidup yang tinggi dan semakin membebankan.

{ 1 comment… read it below or add one }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: