CUEPACS : Bonus 2 Bulan, Elaun Rumah & COLA Naik!

by Staff Agenda Semasa on October 12, 2013 · 2 comments

Cuepacs Minta Bonus 2 Bulan, Elaun Perumahan dan COLA Naik 2014

Tiap-tiap tahun, pasti Datuk Omar Osman menjadi popular di kalangan kakitangan awam.Hendak pula, bila tiba masa Pembentangan Bajet.Untuk tahun ini, tak sah kalau Presiden Cuepacs tak buat permintaan.

Dengan tarikh pembentangan Bajet 2014 yang semakin dekat, Datuk Omar Osman sekali lagi, membuat permintaan bagi mewakili kakitangan awam.Antaranya adalah Bonus sebanyak 2 bulan, Kenaikan Elaun Perumahan, dan juga penyelarasan Elaun COLA kepada RM 300.

Pada kami, permintaan Bonus 2 bulan agak tinggi sebenarnya.Yang dapat bukan 100-200 macam pekerja swasta, tapi 1.4 juta kakitangan awam.Tapi kalau untuk kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dah lebih 15 tahun tidak berubah, ini kami sokong.Harga rumah sudah semakin mahal dan elaun perumahan untuk kakitangan awam sekarang sudah tidak relevan lagi.

Untuk penyelarasan elaun Sara Hidup COLA pula, kami juga menyokong agar elaun COLA diselaraskan kepada RM 300, tidak kira samada duduk di dalam bandar atau luar bandar.Hakikatnya, ia tidak banyak beza.Harga kebanyakan barang tetap juga sama.Tidak ada beza harga di kampung atau di bandar, kecuali harga makanan di restoran atau gerai di kampung.

Selain itu, Cuepacs juga memperjuangkan agar faedah 4% yang dikenakan ke atas penjawat awam sekarang dikurangkan kepada 1%.Apa pun, keputusannya, hanya dapat diketahui pada pembentangan Bajet 2014 nanti.

Apa pendapat kakitangan awam dan swasta mengenai permintaan Cuepacs ini?

{ 2 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: