ASB Dividen 2012:Kadar Dividen+Bonus ASB Luar Biasa? UPDATE : Dividen (7.75 sen) & Bonus (1.15 sen)!

by Staff Agenda Semasa on November 26, 2012 · 3 comments

kadar dividen asb 2012Dividen ASB 2012 :Biasanya kalau kerajaan nak umum dividen ASB, dekat-dekat hujung tahun baru umum, tapi berbeza pada tahun 2012 ini, PNB dijangka akan mengumumkan Dividen ASB 2012 seawal minggu hadapan.

Dan, yang menariknya, Dividen ASB + bonus akan dijangka lebih tinggi daripada biasa…mungkin satu lagi cara bagi membuktikan janji ” Rakyat Didahului” dan “Janji Ditepati” kepada rakyat sebelum Pilihanraya Umum ke-13 diadakan nanti.

Dividen ASB 2012 + Bonus & ASN Lebih Tinggi?

KOTA BHARU – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) akan mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada pelabur Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) pada minggu hadapan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, lebih 11 juta pelabur dijangka akan mendapat pulangan lebih tinggi sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Beliau berkata, setiap tahun PNB membayar dividen dan bonus bernilai RM10 bilion kepada para pelabur dan jumlah yang besar tersebut sudah pasti memberi impak kepada ekonomi negara.

 

Rekod Pengagihan Dividen ASB + Kadar Bonus Dari 1990-2011?

rekod agihan asb 1990-2012

Nak harap dapat dividen tinggi macam Bank Rakyat, mungkin mimpilah, tapi pastinya bonus dividen ASB tahun 2012 ini akan lebih tinggi daripada tahun 2011.Apa-apa pun, bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan.

UPDATED!Dividen ASB 2012  (7.75 sen) & Bonus ASB 2012 (1.15 sen)!

pembayaram bonus dividen asb 2012KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen ASB 2012 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun 2011. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus ASB 2012 sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.

“Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.

Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion.BERNAMA

Fuh, jauh sungguh ramalan kami mengenai jumlah pembayaran Bonus & Dividen ASB 2012 kali ini.Tapi tidak mengapa, walaupun kadar yang diumumkan hanya 0.10 kenaikan daripada bonus dan dividen ASB 2011, kita tetap perlu bersyukur.Kita lihat pula, berapakah kadar bonus dan dividen ASB 2013 nanti…

Video Iklan ASB Tahun 1988

P.S. Urusan untuk mengemaskini Akaun ASB bermula pada 2 Januari 2013..ramai betul yang pegi update..

{ 1 comment… read it below or add one }

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: