Dividen Bank Rakyat 2013 16% + Bonus Saham 2%. Saya Mesti Pilih!!

by Staff Agenda Semasa on March 14, 2013 · 1 comment

dividen bank rakyat 2013

Dividen Bank Rakyat : Memang ramai yang tunggu pengumuman Dividen Bank Rakyat bagi tahun 2013 ini.Kalau tahun lepas, Bank Rakyat umum Dividen sebanyak 15% + 5% bonus saham, tahun 2013, Dividen untuk tunai adalah sebanyak 16% manakala bonus saham adalah 2%.

Kalau nak diikutkan, terdapat penurunan sebanyak 2% daripada tahun 2012, tapi pada pendapat kami, ianya masih tinggi lagi kalau hendak dibandingkan dengan pelaburan lain seperti dividen ASB yang diumumkan Januari lalu.

Bank Rakyat hari ini mengumumkan Prestasi Kewangan & Dividen bagi Tahun berakhir 31 Disember 2012. Bank Rakyat terus cemerlang dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 4.7% atau RM94.9 juta berbanding RM2.02 bilion pada tahun sebelumnya.

Dalam masa yang sama, Bank Rakyat juga mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18% yang melibatkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16% berjumlah RM440 juta dan dividen bonus saham dalam bentuk syer sebanyak 2% berjumlah RM55 juta bagi tahun kewangan 2012 kepada para anggotanya. Pembayaran tersebut akan dimulakan hari ini.

Dah banyak berita-berita tentang dividen pelaburan yang kesemuanya, membawa berita yang baik.lebih-lebih lagi, dah dekat sangat nak Pilihanraya Umum 2013 ini.Antaranya ialah:

Untuk pulangan sebanyak 18% memang berbaloi-baloi namanya. Sesuai sangat  dengan tagline Bank Rakyat “Saya mesti pilih”. Ada yang buat pelaburan dengan Bank Rakyat? Puas hati dengan dividen Bank Rakyat tahun 2013 ini?

P.S. alhamdulillah….ingat nak tambah lagi syer yang ada…

 

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: