eBR1M:Permohonan BR1M 2.0 Secara Online.Dapatkan Hak Anda RM 500 & RM 250 Dari Kerajaan

by Staff Agenda Semasa on November 5, 2012 · 12 comments

bantuan rakyat 1 malaysia 2.0

Mohon BR1M 2.0 di eBR1M Secara Online : Bermula dari 1 November 2012, orang awam yang berkelayakan dibenarkan untuk mendaftar permohonan memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0).Dijangka permohonan BR1M yang telah mula dibuka ini bakal memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion.

Dah banyak iklan borang yang telah dipaparkan di dada-dada akhbar utama Malaysia dan anda juga boleh mengambil borang BR1M 2.0 di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berdekatan. Dan yang paling menarik kali ini, untuk memudahkan proses, kerajaan juga menyediakan Portal Khas dimana orang awam juga boleh memohon bantuan BR1M 2.0 dengan mengisi permohonan secara online.

Borang BR1M 2.0 Boleh Diperolehi Di :

  • kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • selain memohon BR1M secara online di eBR1M

Permohonan BR1M 2.0 Kedua Secara Online di eBR1M

KLIK LINK ini : ebr1m.hasil.gov.my

Pemohon BR1M 1.0 tidak perlu memohon sekali lagi melalui borang BR1M 2.0 KECUALI jika :

  1. Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau
  2. Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013

contoh borang br1m 2.0

Syarat Kelayakan Penerima BR1M 2.0 Kedua ialah :

Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM500

  1. Ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa;
  2. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama
  3. Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.

Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM250

  1. Individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya) yang merupakan warganegara Malaysia
  2. Tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah
  3. Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250

Sekiranya anda layak menerima bantuan, eloklah segerakan permohonan sekiranya ada masa-masa terluang.Lagi satu, kami ingin mencadangkan agar bagi ketegori orang awam jenis kurang upaya (OKU), mengapa tidak dihantar sahaja ke rumah mereka voucher tersebut melalui pihak dilantik ataupun masukkan sahaja terus ke dalam akaun mereka? Kesian pula kalau yang berkerusi roda ataupun yang sudah uzur kena beratur panjang…

{ 8 comments… read them below or add one }

chewan muhammad radzi February 23, 2013 at 4:26 pm

kenapa sy masih x dapat surat n sy nak tahu sama ada saya layak dapat atau x…?? sebb kekawan sy di taman sudah mendapat surat utk BR1M itu….

Reply

proffads February 24, 2013 at 4:14 pm

Klu org dah pencen camna ..tak dak pon kat situ ..tp pencennyer ciput jer <3000 la

Reply

SRI MOHANA PRIYA February 28, 2013 at 2:50 am

kenapa sy masih x dapat surat n sy nak tahu sama ada saya layak dapat atau x…??

Reply

mohamed khalid,alid March 8, 2013 at 4:43 pm

saya tidak dapat lg surat jika saya layak atau tidak

Reply

proffads March 9, 2013 at 2:56 pm

saya pon tak dapat kputusan bjaya atau dak.. awat lambat sangan depa respon?

Reply

vicknesh March 13, 2013 at 3:03 pm

saya tidak dapat surat lagi ada saya layak mendapat duit

Reply

agus March 26, 2013 at 2:21 pm

knp xde respon lgi samada dpt atau x?

Reply

hamidon hijaz April 22, 2013 at 12:01 pm

knp saya tak dpt lg jawap sy layak mendapat BR1M atau pun tidak…..

Reply

Leave a Comment

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: