Cuepacs Rayu Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Dinaikkan Dari RM 180 Ke RM 480.Respon Anda?

by Staff Agenda Semasa on January 18, 2013 · 28 comments

imbuhan tetap perumahan kakitangan awam 2013Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Naik : Tahun lepas, kesemua kakitangan awam telahpun mendapat kenaikan gaji dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM), menggantikan skim SBPA yang ditentang keras oleh kebanyakan penjawat awam yang dikatakan mendiskriminasi golongan kakitangan awam peringkat sokongan. 

Kemudian, tidak lama selepas itu, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman membuat usul agar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) bagi kakitangan awam dinaikkan, kerana merasakan kenaikan itu wajar dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mendesak. Dalam tahun 2013 ini, sekali lagi Presiden Cuepacs itu membuat gesaan kepada kerajaan untuk meluluskan segera permohonan untuk menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan dari RM 180 kepada RM 480.

Kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman : Segerakan Permohonan Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)

elaun perumahan kakitangan awam 2013MELAKA 17 Jan. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyegerakan kelulusan permohonan kenaikan elaun tetap perumahan penjawat awam daripada RM180 kepada RM480.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kesatuan itu sudah pun memohon kenaikan elaun terbabit sejak lima tahun lalu.

“Jadi, saya berharap elaun itu dapat dinaikkan pada kadar RM480 daripada RM180 sebulan. Jumlah itu pun sebenarnya masih rendah jika mengambil kira dengan kos hidup sekarang kerana sewa rumah di kawasan bandar memang membebankan termasuk golongan muda yang baru bekerja.

“Jika diluluskan (elaun tetap perumahan RM480), sudah tentu tahap perkhidmatan anggota dapat dipertingkatkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Gaza daripada penjawat awam Kementerian Pertahanan Melaka di Dewan Perwira, Kem Terendak di sini hari ini.

Omar berkata, pihaknya juga memohon kerajaan segera mempertimbang dan meluluskan permohonan penurunan faedah pinjaman perumahan daripada empat peratus kepada satu peratus.

Imbuhan Tetap Perumahan Dinaikkan? Wajar?

Kalau diikutkan logik, kami agak bersetuju dengan pendapat dan cadangan daripada Presiden Cuepacs ini berhubung kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan yang sebenarnya, sudah masuk 10 tahun tidak dikaji semula.Bayangkan sahaja harga rumah dari dalam masa 10 tahun sahaja sudah mencecah kenaikan hampir 100%, malah ada yang mencecah hingga 300%, dikawasan-kawasan “panas”.

Dengan Imbuhan Tetap Perumahan yang masih lagi sama nilainya sejak 10 tahun yang lalu, kami merasakan nilai ITP sekarang ini tidak wajar dan perlu dinaikkan. Kadar Sewa rumah juga bukan lagi harga seperti 10 tahun dahulu. RM 180 yang dahulu, boleh sewa sebuah  rumah murah kos rendah, sekarang mungkin hanya mampu sewa satu bilik kecil sahaja.

imbuhan tetap perumahan kakitangan awam 2013

Bagi kami, nilai RM 180 itu terlalu kecil sekarang.Ianya tidak relevan dengan kos sewa rumah mahupun untuk dibuat bayaran bulanan membeli rumah. Cuma apa yang kami harapkan, agar kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan ini ditambahbaik dengan cara:

  • Imbuhan Tetap Perumahan perlu diberi mengikut kawasan
  • Pemberian ITP meliputi semua peringkat jawatan, namun keutamaan peratusan kenaikan diberi kepada kumpulan sokongan

Kami ingin sekali melihat tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan mengani tuntutan terbaru daripada Presiden Cuepacs ini.Harapan kami, biarlah keputusan tersebut memberikan kebaikan kepada semua pihak.

P.S. Apa pendapat anda mengenai gesaan Datuk Omar Osman mengenai kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan ini?

 

{ 25 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: