(Berita Baik!) Elaun Pedalaman @ Elaun Hidup Susah Guru Diteruskan!

by Staff Agenda Semasa on October 19, 2012 · 1 comment

kisah guru di pedalamanElaun Pedalaman @ Elaun Hidup Susah Guru: Berita baik buat guru-guru yang bekerja di pedalaman, kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan Elaun Pedalaman bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman di negara ini.

timbalan menteri pelajaran malaysiaTimbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, berkata elaun pedalaman itu masih lagi diteruskan walaupun ada kawasan sudah mempunyai banyak kemudahan dan insfrastruktur yang baik.

“Tiada perancangan hapuskan elaun pedalaman sama ada P1, P2 dan P3 walaupun kita sedar ada tempat ,contohnya P1 sudah ada kemudahan jalan raya.

Elaun Pedalaman Guru

“Mereka masih terima elaun dan sebenarnya tiada pun ura-ura untuk hapuskan pemberian elaun kerana kita ada banyak sekolah di pedalaman”

Untuk makluman, guru yang bertugas di pedalaman menerima kadar elaun pedalaman di bawah:

  • P1=RM 500
  • P2=RM 1000
  • P3=RM 1500

murid di pedalamanElaun hidup susah atau Elaun pedalaman ini wajar diteruskan, namun begitu, ini tidak bermakna guru-guru yang terlibat harus mengambil sikap sambil lewa dengan memberi alasan bahawa tidak bersemangat dan fokus kerana tiada kemudahan asas diberikan.Ini kerana, telah diwujudkan elaun pedalaman ini untuk guru-guru tersebut sebagai ganjaran akibat “kesusahan dan kesisihan” mereka daripada kemudahan asas dan insfrastruktur yang baik.

Kami banyak menerima rungutan dan kritikan daripada guru-guru terlibat mengenai perkara ini, namun apa yang kami tekankan adalah, sekiranya tidak mahu susah ataupun tersisih, anda mempunyai peluang untuk menolak pada permulaannya dan keputusan di tangan masing-masing ketika itu.Sekiranya anda menerima, anda perlulah fokus dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kerajaan dan ibu-bapa untuk memberi pendidikan berkualiti terhadap anak-anak kecil di pedalaman.

Sekiranya ada guru-guru di pedalaman yang membaca artikel ini, kongsikanlah pengalaman anda dan pendapat anda di ruangan komen.

P.S. Bekas guru pedalaman…..

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: