Gaji Polis 2012 Perlu Semakan Semula!

by Staff Agenda Semasa on October 23, 2012 · 5 comments

polis diraja malaysia pdrm

Gaji Polis 2012 Perlu Dikaji Semula: Mungkin ada diantara pembaca di sini yang ada menonton berita mengenai perbahasan di dalam parlimen yang membincangkan mengenai keperluan gaji Polis Diraja Malaysia dibuat semakan semula.

Wajarkah Gaji Polis Diraja Malaysia Dikaji Semula?

polis diraja malaysiaWalaupun perbahasan hebat diantara pemimpin kerajaan dan pembangkang semestinya tidak dapat dielakkan ketika membahaskan sesuatu isu dalam parlimen, tetapi dalam isu gaji polis ini, nampaknya mereka dapat berbahas dengan lebih berhemah dan sepakat.

Sekiranya masih ada diantara anda yang masih lagi tidak faham,ia adalah mengenai gaji akhir kategori penjawat yang memiliki Diploma.Kami sertakan contoh dibawah:

Lulusan Diploma

  • Polis – Gaji akhir adalah pada RM 4,480
  • Penjawat Awam – Gaji akhir adalah pada RM 5,730
  • SPRM – Gaji akhir adalah pada RM 6,121

Kalau kita lihat pada angka diatas, memang terdapat ketidakseimbangan dalam hal penetapan gaji yang memiliki lulusan yang setaraf. Dan faktanya adalah, gaji polis di Malaysia adalah yang terendah dalam kalangan anggota polis di negara-negara lain. Itu yang lebih menguatkan lagi permintaan agar dikaji atau dibuat semula semakan mengenai gaji Polis Diraja Malaysia.

kejahatan polisBayangkan sahaja gaji Ketua Polis Daerah (OCP) adalah lebih rendah daripada gaji Pengetua sekolah rendah.OCPD menjaga seluruh daerah manakala pengetua menjaga satu sekolah sahaja. Namun ini tidak bermakna kami merendah-rendahkan pula tanggungjawab pengetua sekolah. Kerjaya masing-masing mempunyai pro dan kontranya. Wajib kita tahu anggota polis banyak menerima elaun-elaun khas dan sebagainya, yang tidak terdapat kepada penjawat awam yang lain.

Dan kalau nak diikutkan, gaji kakitangan Penjara adalah yang terendah dalam skim perkhidmatan berpakaian seragam.Ramai ahli politik termasuk Bung Moktar yang secara terus-terang membidas Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikatakan terlalu lambat membuat sesuatu semakan. Ini belum lagi dikaitkan dengan isu kenaikan pangkat yang masih lagi caca-marba dimana sesetengah skim dalam perkhidmatan awam nampak seperti didahulukan dari skim perkhidmatan yang lain.

Kami berpendapat bahawa, isu kenaikan atau semakan semula gaji Polis Diraja Malaysia perlu dibuat.Setidak-tidaknya, ianya perlu dikaji semula, samada kenaikan itu perlu atau tidak berdasarkan insentif yang diterima kakitangan polis berbanding perkhidmatan awam yang lain. Jangan hanya menurut sahaja permintaan, tapi kajilah secara berhemah agar setiap keputusan membawa keadilan terhadap semua anggota perkhidmatan awam.

Apa pula pandangan anda mengenai isu gaji Polis Diraja Malaysia ini? Perlu dikaji semula atau tidak?

[poll id="5"]

{ 4 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: