Gambar Nora Danish & Nedim Nazri Cuti Bersama Ke Bali

by Staff Agenda Semasa on August 15, 2013 · 0 comments

Gambar Nora Danish Nedim NazriNora Danish dan Nedim Nazri kini agak terbuka dengan hubungan yang terjalin. Selepas Nora Danish kongsikan gambar mereka bersama ketika di Danok, Thailand kini mereka berada di Bali, Indonesia untuk bercuti.

Jika sebelum ini hanya gambar mereka bersama rakan rakan dikongsikan,Nora Danish melalui akaun Instagram beliau kini lebih berani menyiarkan gambar mereka berdua sahaja.Pasangan ini bagaimana pun difahamkan tidak pergi berdua sahaja ke Bali. Percutian kali ini turut disertai oleh anak Nora Danish, Rayqal dan beberapa orang ahli keluarga juga rakan rapat.

Gambar-Nora-Danish-Nedim-Nazri-Bercuti-Ke-Bali

Dalam kenyataan sebelum ini, Nora Danish ada menyebut yang beliau dan Nedim Nazri yang juga merupakan anak kepada menteri Pelancongan Malaysia, itu hanya kenalan biasa dan mereka sudah berkawan selama tujuh tahun.

Namun dengan perkembangan sebegini, nampaknya kita semua boleh menjangkakan yang hubungan Nora Danish & Nedim Nazri ini kini sudah lebih dari sekadar kawan.Kalau lebih dari kawan pun, tidak mengapakan?

Layan lagi gambar peructian Nora Danish dan Nedim Nazri di Bali di bawah:

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: