(Gambar + Video) Insiden Norazita Abu Talib, Pegawai Bank Ambank Ditembak Mati Di Subang Jaya

by Staff Agenda Semasa on October 24, 2013 · 2 comments

Gambar Pegawai Bank Ditembak Mati

Norazita Abu Talib, seorang Pegawai Bank di ambank Subang Jaya, ditembak mati oleh Pengawal Keselamatan Bank tersebut ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit di dalam bank berkenaan.

Insiden tersebut berlaku pada kira-kira pukul 6.30 petang, selepas selesai urusan di bank tersebut.Kejadian berlaku di cawangan AmBank di Subang Jaya.Pengawal keselamatan tersebut, dikenali sebagai Ardi bin Hamza dikatakan berasal dari Tawau, Sabah.

Mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang belum dapat dipastikan.

Biodata Pegawai Bank AmBank Norazita Binti Abu Talib (Mangsa)

Gambar Norazita-Abu-Talib

  • Nama Penuh : Norazita Binti Abu Talib
  • Umur : 37 Tahun
  • Tempat Tinggal : Shah Alam
  • Pekerjaan : Pegawai Bank

Biodata Pengawal Keselamatan Ardi Bin Hamza (Suspek)

Gambar Ardi Bin hamza

  • Nama Penuh : Ardi Bin Hamza
  • Asal : Tawau, Sabah
  • Umur : 36 tahun
  • Pekerjaan : Pengawal Keselamatan

Video Pegawai Bank (Norazita Abu Talib) Ditembak Mati Pengawal Keselamatan

Gambar-Gambar Pegawai Bank Ditembak Mati

Gambar Norazita Abu Talib Bersama Keluarga

{ 1 comment… read it below or add one }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: