Permohonan Kemasukan Giat Mara 2013 Sesi Julai Secara Online

by Staff Agenda Semasa on June 1, 2013 · 40 comments

Giatmara malaysia

Giatmara 2013 : Berita baik buat pelajar-pelajar lepasan SPM mahupun individu yang meminati bidang vokasional atau kemahiran, Giat mara membuka peluang kepada anda untuk membuat permohonan ke Kolej Komuniti Giat Mara bagi sesi Juali 2013 ini.

Bagi yang meminati bidang-bidang vokasional dan kemahiran yang lebih kepada praktikal dan latihan amali, kami sarankan kepada anda untuk membuat permohonan memasuki Giat Mara sesi Julai ini.Terdapat hampir 40 kursus dalam pelbagai bidang yang boleh anda pelajari di Giat Mara.

Senarai Kursus Giat Mara

Permohonan GiatmaraTerdapat pelbagai kelebihan apabila anda mengambil kursus di Giat mara.Antaranya ialah :

  • Elaun sebanyak RM 200 bagi pelatih GiatMara
  • Menerapkan 80% amali dan 20% praktikal dalam pengajaran
  • Silibus dan modul pelajaran yang menepati standard industri
  • Tenaga pengajar yang pakar dalam industri

Cara-cara Membuat Permohonan Giatmara 2013

Ada 2 kaedah untuk membuat permohonan kemasukan ke Giatmara bagi sesi Julai 2013.

  • Pergi ke pusat Giatmara berdekatan anda untuk mendapatkan borang permohonan
  • Membuat permohonan Giatmara secara online dengan melayari laman web : http://www.giatmara.edu.my/

**Pendaftaran online dibuka hanya untuk GIATMARA terpilih sahaja [Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka]**

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk mengikuti kursus di Giatmara bagi tahun 2013 ini.Bagi yang berminat, buat permohonan Giatmara 2013 sekarang!

{ 40 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: