Guru Cemerlang Naik Gred DG 41 Tanpa Perlu Ditemuduga!

by Staff Agenda Semasa on November 9, 2012 · 5 comments

kenaikan pangkat dg41Guru Cemerlang Naik Gred DG 41 Tanpa Perlu Ditemuduga: Kami pasti kenyataan ini pastinya membuatkan segelintir guru-guru berkenaan tersenyum indah.Berita semasa mengenai guru yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yaasin sebenarnya diberikan kepada guru, guru besar, pengetua yang melanjutkan pelajaran samada sepenuh masa atau PJJ. Mereka-mereka ini dahulu lagi sudah ditemuduga untuk pengesahan jawatan.

Namun harus diingat, guru lantikan pertama tetap ditemuduga juga.Berikut adalah kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yaasin di bawah:

Guru Ijazah Separuh Masa, PJJ, Boleh Naik Gred DG41 Tanpa temuduga

SEREMBAN – Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada secara separuh masa atau di bawah program Pengajian Jarak Jauh akan dilantik terus ke Gred DG41 tanpa perlu hadir temu duga.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan perkara itu semalam berkata, guru berkenaan boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dikecualikan daripada proses temu duga.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan calon guru yang berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan ikhtisas selepas menamatkan pengajian, akan dilantik terus tanpa proses temu duga sebagai guru pelatih mulai tahun depan.

Pada bulan lepas beliau mengumumkan bahawa calon guru yang bakal dipilih ialah 30 peratus dalam kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat dalam bidang perguruan.

Kami menyambut baik saranan dan dasar kerajaan ini.Sememangnya dalam kita menuju ke arah menjadu negara maju, bidang pendidikan adalah perkara asas dan mustahak yang perlu ditransformasikan. Hanya dengan ilmu, serta pengalaman, kita akan dapat memacu negara dengan menghasilkan lebih ramai rakyat yang berpelajaran tinggi serta dapat menyumbang sesuatu untuk membangunkan Malaysia.

Namun, kami juga sedar, diambang pilihanraya umum ke-13 yang semakin hampir ini, lebih banyak insentif yang diberikan kepada guru berbanding kakitangan awam dalam sektor yang lain. Ini juga bakal menimbulkan sifat cemburu dan tidak puas hati mereka terhadap apa yang diberikan oleh kerajaan yang dianggap melebihi sesuatu dari yang lain.

Bagi kami, wajar kerajaan dalam masa yang sama, membuat satu kajian bagi mengimbangkan insentif-insentif yang diberikan terhadap kakitangan awam selama ini.Prospek pemberian insentif perlulah sama adil.Setiap tugas kakitangan awam, berbeza dari yang lain dan skopnya juga tidak sama. Namun tanggungjawab mereka juga berat untuk dipikul.

Walauapapun, kami berharap agar dengan pelaksanaan sistem kenaikan pangkat bagi guru cemerlang ke DG41 tanpa temuduga ini, dapat menzahirkan lebih ramai lagi pendidik yang berkualiti bagi menghasilkan anak-anak bangsa yang lebih berjaya di masa hadapan. Kalau “kilang dan kualiti “-nya baik, “produk” yang dihasilkan juga bermutu tinggi.

{ 3 comments… read them below or add one }

mamat November 19, 2012 at 9:24 pm

saya salah seorang antara guru pjj yang cemerlang. saya mohon supaya disegerakan perlantikan ke dg41 tanpa temuduga. harap menjadi kenyataan dan bukan hanya gimik politik sahaja.

Reply

MAMAT November 19, 2012 at 9:28 pm

ASKM… gembira mendengar berita ini. semoga menjadi kenyataan. jangan hanya menjadi gimik politik menjelang PRU 13. saya harap saya bukanlah pungguk yang rindukan bulan jatuh ke riba……

Reply

roslinda August 15, 2013 at 12:09 am

jobs malaysia dah isi tapi x de pun ruangan guru cemerlng atau tidak.macamane mereka nak tahu yang pemohon adalah guru cemerlang yang tak perlu melalui proses temuduga tu.

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: