Isu Harga Ayam Naik-“Kalau Harga Ayam Naik, Kita Beli Daging Pula” Kata Menteri

by Staff Agenda Semasa on July 16, 2013 · 6 comments

Harga Ayam Naik 2013

Harga Ayam Naik 2013 : Rata-rata dalam akhbar dan media massa tempatan membincangkan isu mengenai masalah kenaikan harga ayam yang sering timbul pada masa-masa perayaan saban tahun.Pelbagai cara telah difikirkan oleh semua pihak bagi menangani masalah ini.Tetapi, kenyataan yang terdapat pada akhbar semalam agak membingungkan kami.

Gambar AyamKUALA BESUT – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai ‘menukar’ selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

“Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.

“Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik…pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.

“Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri,” katanya.

Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.

“Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal,” katanya.

Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.

Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.

“Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan,” katanya. – Bernama

Kami sebenarnya agak terkejut dengan cadangan yang dikemukan oleh Menteri itu.Bagi kami, tindakan memboikot ini tidak akan berkesudahan.Isu kenaikan harga ayam ini bukan baru.Dah bertahun-tahun.Tetap sama.Tapi, jalan penyelesaiannya masih tak nampak.

Kami hormati beberapa langkah dan usaha kerajaan dalam menangani isu harga ayam, dan kami berharap, ianya bukanlah cadangan yang berbentuk, “temporary”.Nak suruh beli daging lembu, ada segelongan rakyat yang tak makan daging lembu.

Harga Daging 1Kg : RM 18

Kalau beri cadangan beli daging lembu pun, harga daging bukan murah.Purata harga daging yang dijual dalam RM 15-RM 18 sekilo.Bergantung juga pada bahagian daging tersebut.Jadi, cadangan untuk “memboikot” ayam dan beli daging, pada kami tak relevan.

Kami yakin, Menteri-Menteri kita bijak belaka.Kami harap ada cadangan dan jalan penyelesaian yang lebih baik dari mengajak rakyat untuk memboikot ayam.

P.S. Kami nak ayam…

 

 

 

{ 4 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: