Harga Gas Masak (LPG) Naik RM 2.20 Hingga RM 2.40 Berkuatkuasa 30 Julai 2013?Kenaikan Kerana Penetapan Gaji Minimum?

by Staff Agenda Semasa on August 1, 2013 · 0 comments

Gas LPG Malaysia Naik 2013

Harga Gas LPG Naik 2013 : Ada sesetengah pihak berpendapat, kenaikan gaji minimum kepada pekerja sebenarnya tidak memberikan kesan kepada ekonomi, terutama kepada kenaikan harga barang.Tapi, akhirnya, alasan penetapan gaji minimum ini menjadi asas dan alasan untuk menaikkan harga barang.

Dan terbaru, melalui gambar di atas, harga Gas LPG Petronas dinaikkan pada kadar RM 2.20 hingga RM 2.40 mengikut tong, kerana, pemborong memberikan kenyataan bahawa kos penyelenggaraan kenderaan dan kenaikan gaji minimum RM 900 sebagai alasan bagi menaikkan harga jualan.

Harga Gas LPG Naik 2013 : Harga Terkini GAS LPG Petronas 2013

Mulai 1 Ogos 2013, harga gas LPG Petronas yang dijual di pasaran adalah seperti berikut :

  • Tong Gas LPG 12 Kg : Harga Kawalan Kerajaan (RM 22.80)+ Upah Penghantaran (RM 2.20) = RM 25.00
  • Tong Gas LPG 14 Kg : Harga Kawalan Kerajaan (RM 26.60)+ Upah Penghantaran (RM 2.40) = RM 29.00

Rakyat sekarang dah makin terhimpit.Harga gas memasak dah mula naik harga.Nak tukar pakai dapur eletrik Kenzo, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tunggu masa je nak menaikkan tarif elektrik.

Apakah kesudahannya selepas ini? Bila ekonomi maju, membangun, kebanyakan rakyat tak merasa pun faedahnya, tapi bila ekonomi dah mula “bergoyang”, rakyat juga yang menerima kesannya.Kami nak tanya kepada Menteri, adakah cara bagi mengekang kenaikan harga gas LPG ini selain daripada menguatkuasakan harga kawalan kerajaan?Nampak macam senang sahaja pemborong gas LPG mengenakan caj penghantaran untuk dimasukkan dalam harga jualan gas LPG?

{ 1 comment… read it below or add one }

Chaca Batrisyia August 24, 2013 at 3:35 pm

bagus la semua benda naik..lalalalalala,i luv malaysia..anda bagaimana?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: