Harga Kereta Jepun & Australia Turun 15% Tahun 2013.Tahun 2016 Hapus Terus!

by Staff Agenda Semasa on March 1, 2013 · 2 comments

Cukai kereta turun 2013

Gambar Honda Facility Di Jepun

Cukai Kereta Turun : Menjelang pilihanraya Umum ke-13 yang semakin hampir, bermaca-macam berita baik yang diumumkan kerajaan untuk rakyat. 

Namun langkah kerajaan yang terbaru ini, betul-betul membuatkan kami agak “tersentak”. Ini kerana, sebelum ini kerajaan Barisan Nasional sendiri berkata bahawa tindakan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan cukai kenderaan import bakal membuatkan Malaysia muflis.

KUALA LUMPUR: Cukai import kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) dari Jepun akan diturunkan kepada 15 peratus berkuatkuasa tahun 2013 ini berikutan hasil perjanjian kerjasama ekonomi Malaysia-Jepun.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, mengikut perjanjian itu, cukai import kenderaan CBU yang diimport dari Jepun akan diturunkan kepada 10 peratus pada 2014, lima peratus pada 2015 dan seterusnya kosong bermula 2016.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Program Pengurangan Harga Kereta (CPR) bersama syarikat pengeluar kenderaan (OEM). Ketika ini, semua kenderaan CBU dikenakan cukai import pada kadar 30 peratus.

Nampaknya, apa yang difikrkan kerajaan tidak akan terjadi sebenarnya,Oleh sebab itu, kerajaan berani untuk mengurangkan cukai kereta import dari Jepun dan Australia sebanyak 15% untuk tahun 2013.

Kadar Pengurangan Cukai Import Kereta CBU Jepun & Australia

  • 2013 – 15%

  • 2014 – 10%

  • 2015 – 5%

  • 2016 – Tiada Cukai!

Kami menyambut baik langkah kerajaan dalam aspek pengurangan cukai kenderaan import ini. Dan kalau boleh, luaskan lagi skop pengeluar kenderaan kepada kereta daripada German, Amerika Syarikat, dan dari negara-negara lain.

Apa pendapat anda dengan langkah kerajaan mengurangkan kadar cukai import kereta dari Jepun dan Australia ini?

P.S. Sedang pasang angan-angan….

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: