Harga Minyak RON 95 & Diesel Naik 20 Sen (RM 2.10) & (RM 2.00). Terima Kasih?

by Staff Agenda Semasa on September 3, 2013 · 5 comments

Harga Minyak RON 95 Naik

Harga Minyak RON 95 Naik 20 Sen : Setelah sekian lama kenaikan harga minyak menjadi teka-teki, akhirnya ia menjadi kenyataan.Perdana Menteri, Najib Razak, dalam sidang media di Perdana Putra petang tadi, mengesahkan kenaikan harga minyak sebanyak 20 bagi minyak RON 95 dan Diesel berkuatkuasa pada tengah malam ini.

Harga Minyak Terkini RON 95 & Disel Naik 20 Sen : Alasan?

Kenaikan terakhir harga minyak RON 95 dan harga minyak diesel adalah pada Disember 2010 dimana harga minyak tersebut naik sebanyak 5 sen daripada RM 1.85 kepada RM 1.90 untuk RON 95 dan RM 1.75 kepada RM 1.80 untuk harga minyak diesel.Daripada sidang akhbar bersama media, kenaikan harga minyak ini mempunyai alasan tersendiri,

  • Ianya adalah salah satu langkah untuk mengurangkan subsidi yang membebankan dalam Program Rasionalisasi Subsidi
  • Pengurangan subsidi minyak akan membuatkan pemberian BR1M 3.0 dapat ditambahkan
  • Kenaikan ini adalah soal masa depan ekonomi negara.Ekonomi terjejas, rakyat terjejas.

Daripada alasan di atas, adakah diantara anda di sini yang dapat menerima alasan kenaikan harga minyak tersebut? Menteri kita, kalau soal negara, memang cakap berapi.Negara susah, rakyat susah.Tapi, adakah kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat? Bung Moktar pula, dalam twitter beliau ada menyebut,

Twitter Bung MoktarMinyak petrol naik,pastinya x memudaratkan rakyat ,kerana yg ada kereta besar ada lah orang2 besar dan berkemampuan,org kg ada x berkereta.

Memang! Memang orang kampung, yang miskin tak ada kereta.Mereka naik kereta lembu.Mereka naik bas.Mereka naik moto.Tapi, kalau orang-orang berpendapatan sederhana? Mereka naik apa? Naik unta?

Cubalah fikir sikit wahai Menteri-Menteri Malaysia yang bijak dan budiman.Kenaikan harga minyak, bukan sahaja meningkatkan kos sara hidup yang sudah pun tinggi, tetapi kesan-kesan lain juga akan hadir berturut-turut selepas ini.Kesan apa? harga barang akan meningkat.

Apa lori-lori pemborong, biarpun yang kecik dan besar, pakai hybrid? Mereka pakai diesel.Yang moden sikit, pakai petrol. Tak mungkin mereka-mereka ini nak serap kos kenaikan.Alih-alih, kesan kenaikan harga minyak akan ditekankan ke atas rakyat sebagai pengguna.

Menteri tak fikirkah?Najib kata kesannya minimum, tapi ambil secara keseluruhan, kesan minimum inilah yang sebenarnya menekan rakyat daripada atas sampai piramid yang terbawah.

Kurangkan subsidi memang bagus,Kita perlu kejar jadi negara maju.Tapi adakah rakyat sudah bersedia? Adakah pendapatan perkapita rakyat juga sama seperti pendapatan negara maju? Kita masih jauh.Dan kalau masih jauh, buat cara jauh.Kayuh pelan-pelan.Jangan terus naik basikal pasang gear 6.

Konon nak cepat, tapi sebenarnya lagi lambat.Apa pula respon anda dengan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen ini?

 

{ 3 comments… read them below or add one }

Anuar September 3, 2013 at 1:19 am

Adus. .parah ni. .Bila harga minyak naik, harga barang pun akan naik juga. Kesian dekat rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. …

Reply

KURTZ September 3, 2013 at 8:20 am

susah nak ckp macm mana…. berbuih mulut tapi seperti mencurah air di daun keladi… sia2

Reply

getah sekerap September 6, 2013 at 2:46 pm

yang aku tak paham pasai apa nak kena bagi subsidi kat minyak , kita bukan kena import minyak , kalau tepung tu patut la panggil subsidi sbb kita tak tanam gandum, lagi naik harga minyak dunia alhamdullillah sbb kita ada minyak kita leh jual dpt banyak lagila . yg kita guna kat tempatan bg harga patut2 dah lah. Ini asyik cakap kerajaan kena tanggung subsidi terlalu tinggi. Tiap tahun petronas bg profit kat gomen tak pernah bising2 lak.

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: