Harga Minyak RON 97 Naik 30 Sen!

by Staff Agenda Semasa on September 7, 2012 · 0 comments

harga minyak naik 2012Kalau harga minyak turun, akan dicanang satu Malaysia dan dipaparkan maklumannya dalam mua pertama akhbar mengenai harga minyak turun, kesan daripada keprihatinan pemimpin terhadap kesusahan rakyat.

Namun kalau berita mengenai harga minyak naik, kecik sahaja beritanya. Apa-apapun, baca keratan akhbar di bawah terlebih dahulu.

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam ini, manakala RON95 kekal pada RM1.90. – Bernama

Namun, berita sebenarnya adalah harga minyak RON 97 naik sebanyak RM 0.30 menjadikan harga terkini adalah RM 3.00 seliter.Berikut di bawah pula adalah rekod harga minyak untuk RON 97 bagi tahun 2012.

Rekod Harga Minyak Tahun 2012 Jenis RON97

  • 5 April 2012 – RM2.90 290 (naik 10 sen).
  • 7 Jun 2012 – RM2.80 (turun 10 sen)
  • 5 Jul 2012 – RM2.60 (turun lagi 20sen)
  • 24 Ogos 2012 – RM2.70 (naik 10 sen)
  •  6 September 2012 – RM3.00 (Naik lagi 30 sen)

Berkemungkinan dalam masa terdekat sebelum Pilihanraya Umum 13 akan diadakan, kerajaan bakal mengumumkan penurunan harga minyak untuk RON 97 dan RON 95.Kita lihat nanti.Apa pandangan anda mengenai isu ini?

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: