Selamat Hari Guru 2013 : Guru Malaysia – 1 Aspiriasi, 1 Agenda

by Staff Agenda Semasa on May 14, 2013 · 2 comments

tema hari guruHari Guru 2013 : Pada 16 Mei 2013 ini, Malaysia akan menyambut Haru Guru tahun 2013 dengan tema bagi hari guru tahun ini adalah, Guru Malaysia :1 Aspirasi, 1 Agenda.

Tema Hari Guru 2013

ucapan Hari GuruJemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

HURAIAN 1ASPIRASI:

  • Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
  • Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
  • 1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1 AGENDA:

  • Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Lagu Tema hari Guru 2013

Kita Berbicara Tentang Inovasi

Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan
Lagu : Rosman  bin Adam
Lirik  : Zainal Ariffin bin Yusof

Menjelang je sambutan Hari Guru, pasti kami akan terimbas kembali kenangan semasa bersekolah dahulu.Betapa nakalnya, kami pada satu ketika dahulu.Kalau masa diputar kembali, ingin rasanya kami kembali ke alam persekolahan.Seronoknya jangan cerita.Buat pelajar-pelajar di luar sana, belajarlah elok-elok sehingga dapat masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPTA).

Hargailah guru-guru anda semua.Kalau boleh, untuk sambutan Hari Guru 2013 ini, bagi hadiah kepada mereka.Yang penting, sentiasa hormat pada guru.Barulah berkat ilmu yang akan dipelajari.Sebelum itu, kami nak kongsikan sajak mengenai Hari Guru di bawah.

Sajak Hari Guru

sajak hari guru

Oleh (Selina S.F. Lee)

i

Hari ini

adalah hari kita

menjunjung amanah

sandaran harapan insan berjuta

yang bernama ibu dan bapa

memikul misi murni

mengasuh mendidik

tunas bangsa

harapan bangsa.

ii

Hari ini

adalah hari yang menuntut kita

bertafakur

apakah tiang azam

masih tegak kukuh

apakah perdu semangat

tak tergoncang ribut

ataukah langkah kita

sudah pincang tertusuk

duri-duri duga?

iii

Hari ini

ada bunga dikalungkan

ada puji dilafazkan

ada jasa dikenang

ada salam dihulur

tanda hormat;

pada insan yang bergelar GURU.

P.S. Selamat Hari Guru 2013!

P.P.S. Semak koleksi Kad Ucapan Hari Guru 2013.KLIK SINI!!!

{ 1 comment… read it below or add one }

Denaihati May 14, 2013 at 2:02 pm

Selamat hari guru untuk semua guru-guru semalaysia,

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: