iMoney.my : Menjadikan Perbandingan & Permohonan Kad Kredit Lebih Mudah!

by Staff Agenda Semasa on June 16, 2013 · 0 comments

laman Web iMoney.my MalaysiaiMoney.my : Sekarang ni, penggunaan kad kredit dah meluas. Orang ramai dah tak perlu nak bawa wang tunai banyak-banyak bila nak keluar pergi membeli-belah dan sebagainya.Semuanya mudah dengan penggunaan kad kredit.

Sama juga macam kami, penggunaan kad kredit amat penting dalam urusan harian seperti mengisi minyak kenderaan, membeli-belah di pasaraya, dan juga membeli barang keperluan.Dalam masa yang sama, lumrah pengguna kad kredit, pasti ingin mencari-cari kad kredit yang lebih menguntungkan penggunaanya.Termasuklah kami.

Kalau dulu terpaksa pegi ke satu-satu bank, untuk mencari maklumat mengenai kelebihan kad kredit masing-masing, tapi kali ini, kami dah jumpa satu laman web yang menyelesaikan masalah kami.

Laman web tersebut adalah iMoney.my. Apa iMoney tu? iMoney.my merupakan salah satu laman web yang menyediakan pelbagai perkhidmatan mengenai kewangan dan pengurusan duit.Antaranya adalah :

  • Kad Kredit
  • Pinjaman Kereta
  • Pinjaman Perumahan
  • Pinjaman Peribadi
  • Deposit Tetap
  • Dan yang paling kami tak sangka, perbandingan untuk pinjaman kakitangan awam juga ada serta macam-macam lagi.

Dan apa yang paling menarik sekali, sebagai pengguna kad kredit secara “extreme” dah tentulah kami akan sentiasa mencari-cari jenis kad kredit yang boleh memberikan kelebihan kepada kami.

Tanpa susah payah dan menjimatkan masa, tenaga dan duit petrol, kami hanya perlu buka laman web perbandingan kad kredit iMoney.my di http://www.imoney.my/ms/kad-kredit dan mula memilih ciri-ciri yang kami nak pada sesuatu kad kredit.

Pertama sekali, kami memang kagum dengan laman web iMoney.my.Sangat mudah nak gunakan.Kami tak perlu nak cari-cari info yang diperlukan untuk mencari kad kredit yang terbaik.Semuanya telah disediakan.Hanya perlu masukkan maklumat sahaja.Ikut cara-cara menggunakan aplikasi perbandingan kad kredit iMoney di bawah:

Pertama sekali, kami dah tetapkan dahulu apa ciri-ciri kad kredit yang kami ingin miliki.Kriteria tersebut adalah :

  • Ada rebat tunai
  • Ada Pengecualian GST & Yuran tahunan

1) Masukkan Jumlah Pendapatan Bulanan di kotak yang disediakan seperti di bawah

Aplikasi Kad Kredit iMoney

2) Pilih Kad Kredit Yang Menepati Ciri-Ciri Anda

Kad Kredit maybank Islamik IkhwanSetelah meneliti setiap kelebihan kad kredit yang dipaparkan, kami bersepakat memilih Maybank Islamic Kad Kredit Ikhwan American Express Emas dimana kami dapat menikmati kelebihan :

  • Mendapat 5x mata di semua stesen minyak
  • Penjimatan caj kewangan dengan caj faedah tidak berkompaun
  • Percuma Kad Zing Touch ‘n Go,
  • rebat 5% untuk bayaran tol jika perbelanjaan tol bulanan lebih RM100
  • Dan yang paling penting, tiada Yuran Tahunan Sepanjang Hayat!

3) Pohon Kad Kredit Melalui iMoney.my

Tanpa membuang masa, kami terus sahaja menekan butang “Pohon” yang disediakan dan terus dibawah kepada halaman seperti yang tertera pada gambar di bawah:

Kad Kredit Maybank Islamik

Untuk memohon kad kredit melalui iMoney.my ini sangat mudah.Hanya perlu masukkan maklumat seperti :

  • Nama
  • Alamat Email
  • Umur
  • No. telefon Untuk Dihubungi
  • Pendapatan Bersih Bulanan

Selesai memohon, anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah :

Cara Memohon Kad Kredit

Anda akan dihubungi oleh konsultan kad kredit dari iMoney.my untuk mengesahkan maklumat diri anda.Selain itu, pihak bank dimana anda membuat permohonan kad kredit juga akan menghubungi anda untuk memastikan cara paling mudah untuk menghantar dokumen dan setelah permohonan di luluskan , pihak bank akan menghubungi anda.

Mudah Bukan? Bagi kami, perkhidmatan iMoney.my ini memang menyelesaikan masalah untuk kami yang sentiasa sibuk dengan tugas harian.Tak perlu kami tercari-cari apa-apa maklumat mengenai perbandingan kewangan di setiap bank.Hanya perlu klik ke iMoney.my, semuanya selesai!

Dan yang paling penting, iMoney.my membantu kami dan rakyat Malaysia untuk membuat pilihan yang tepat di dalam sesuatu perkara yang melibatkan urusan pinjaman dan kewangan.

P.S. Dah cuba iMoney.my?

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: