Isu Kalimah Allah : Layakkah Bible Menggunakan Kalimah Allah Menggantikan “GOD”?

by Staff Agenda Semasa on January 11, 2013 · 13 comments

isu kalimah allah malaysia

Isu Kalimah Allah : Makin lama makin “panas” isu kalimah Allah ini dibincangkan secara hangat.baik di media cetak, dan media digital, isu kalimah Allah ini masih lagi hangat dibualkan.

Isu Kalimah Allah Di Malaysia : Mengapa Perlu Diungkit Semula?

isu kalimah allah malaysiaDalam berita harian pula, terpampang jelas mengenai amanat Sultan Selangor, yang tidak membenarkan penggunaan “Allah” menggantikan perkataan Tuhan dalam kitab bible berbahasa melayu. Sebelum kami meneruskan perbincangan, adalah lebih baik bahawa anda semua maklum bahawa, penggunaan Allah sebagai ganti nama Tuhan di dalam kitab bible telahpun lama berlaku di Sabah & Sarawak.

Ini bukanlah suatu isu baru. Malah isu kalimah Allah ini seringkali disensasikan. Dan kali ini, ianya timbul semula daripada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan untuk membenarkan kalimah Allah diguna di dalam kitab Bible.

isu kalimah allah malaysiaSHAH ALAM – DAP menggesa Kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari Krismas hari ini yang disambut oleh penganut agama Kristian seluruh dunia.

“Selain membenarkan nama & kalimah ALLAH seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.

“Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia,” katanya.

Akhbar mingguan Katolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan masalah apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan ‘ALLAH’ untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan ‘ALLAH’ adalah salah di sisi undang-undang.

Penghakiman tersebut yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya dan kemudiannya digantung sementara menunggu rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan ‘ALLAH’ adalah eksklusif kepada umat Islam. [Sumber : Sinar Harian]

Apa yang kami ingin jelaskan di sini adalah, atas alasan apa untuk membenarkan kalimah Allah diletakkan ke dalam kitab Bible sebagai rujukan mereka kepada tuhan? Dan di atas isu inilah juga, berlaku banyak percanggahan pendapat, dan juga pergaduhan yang amat mengejutkan kami, bukan dari bangsa lain, tetapi datang daripada bangsa melayu sendiri.

Sungguh menghairankan.Yang naikkan isu orang lain, tapi yang berperang bangsa lain. Manakala bangsa lain, hanya memandang “percakaran” yang terjadi. Ini bukan jalan penyelsaiannya. Sehinggan Sultan Selangor juga sudah masuk campur dalam hal ini, yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah dalam bible, khususnya di negeri Selangor.

Namun dalam banyak percakaran yang berlaku diantara ‘ulamak-ulamak’ dan ‘mufti-mufti’ dalam Malaysia ini, masih belum ada lagi kata sepakat yang jitu, yang boleh kami katakan, membawa kepada permuafakatan yang baik. Dari pandangan parti politik, sudah tentu PKR dan PAS, yang memperjuangkan Islam, bersetuju dengan isu dan pendapat yang dibawa oleh Lim Guan Eng. Manakala daripada UMNO, sudah pasti isu dan pendapat ini ditentang habis-habisan.

Ini bukanlah cara penyelesaian yang terbaik.Sepatutnya, kami minta pihak-pihak yang bertanggungjawab, agar duduk sama-sama dan sepakat membincangkan perkara ini secara harmoni, dengan harapan agar ianya membuahkan kata putus yang dapat memberi jawapan dan kata penamat yang bermanfaat kepada semua pihak, dan yang paling penting, ianya tidak menjejaskan soal akidah.Bukannya bertikan lidah di di dunia maya.

Apa yang kami ingin katakan, isu ini adalah isu sensitif. Agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia, Manakala banga melayu merupakan penganut agama Islam. Apabila isu ini dimainkan, ianya seperti mencurah petrol ke dalam api yang marak. Kita sudah tentu tidak mahu terjadi lagi kes-kes pembakaran gereja seperti yang terjadi suatu masa dahulu.Dan ini sebenarnya hanya akan membawa kepada perpecahan keharmonian di anatra kaum dalam Malaysia.

Isu Kalimah Allah : Pendapat anda?

Ada pelbagai pendapat mengenai kebenaran penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab bible bagi menggantikan perkataan God.Bagi kami,  isu Kalimah Allah ini hanya dipolitikkan untuk tujuan tertentu. Dan kami juga berpendapat, sepatutnya isu ini perlu jalan penyelesaian agar ianya tidak berulang kembali pada masa-masa akan datang. Sebelum itu, kami ingin anda melihat gambar di bawah, dan berikan pendapat anda.

kalimah allah

Setuju atau Tidak dengan penggunaan nama kalimah Allah dalam Kitab Bible di Malaysia? Lontarkan pendapat anda!

 

{ 10 comments… read them below or add one }

Anna Hashim January 11, 2013 at 10:16 am

saya sama sekali tidak bersetuju dengan issue membenarkan bible versi melayu menggantikan perkataan tuhan dengan perkataan “ALLAH”..

jawapannya sila fahamkan maksud sebenar surah al-ikhlas ni.

“Katakanlah : “Dialah Allah, Yang Maha Esa” [Al-Ikhlash : 1]
“Allah adalah Ilah yang bergantung kepadaNya segala urusan” [Al-Ikhlash : 2]
“Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan” [Al-Ikhlash : 3]
“Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia” [Al-Ikhlash : 4]

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah

wallahualam….hopely issue ni cepat selesai, dan menghormati pendirian umat islam…

Reply

Staff Agenda Semasa January 11, 2013 at 10:17 am

terima kasih dengan komen bernas anda.

Reply

neoks January 23, 2013 at 2:13 pm

cukup2 lah dengan benda macam ni….fade dah dengar…nak bakar bible?? macam tu ke cara islam yang sebenar? yang dilabelkan agama no 1 kat dunia? tunjukkanlah contoh yang baik. kita semua adalah sama tiada beza sebab tuhan kita adalah 1….

Reply

democracy January 23, 2013 at 3:31 pm

sedangkan org kristian di arab menggunakan perkataan ALLAH …..apalah kita org di malaysia nak mempersoalkan….lagi pun ALLAH itu merujuk Kepada TUHAN yang satu BUkannya JESUS….. Kaji dulu sebelum buat statement yang menyesatkan…

Reply

cha February 21, 2013 at 6:37 am

Maaf, saya sebagai seorang muslim tidaklah berapa arif dengan agama selain saya anuti ini..
akan tetapi,Allah tuhan yang saya kenal seumur hidup saya adalah tuhan yang maha satu…tiada dua tiada tiga….tidak beranak dan tidak diperanakan..
Allah tuhan yang disembah bagi orang Islam…
Orang selain islam tidak berhak sembah…
Saya tidak mahu anak saya,keturunan saya keliru adakah Allah itu tuhan yang sama bagi penganut Kristian???
Jangan disamakan arab dengan negeri kita kerna arab terdapat bermacam-macam aliran mazhab bukan hanya pada Islam bahkan Kristian juga begitu..
Islam Negeri kita adalah aliran Syafie 100% AhlulSunnahWaljamaah..
Sedangkan Aliran Syiah dan Wahabi pun kita seakan-akan pandang berat inikan pula yang langsung tiada Syadahtainya….
Bagi orang yang mengaku mukmin,sila renung kembali….
Adakah perlu kita biarkan Khalimah ini di gunakan sewenang-wenang nya???
Ini bukan sekadar isu politik tapi ini juga isu mukmin senusantara,Jangan samakan hal ini seperti saudara kita di Indonesia

Reply

tulipbiru March 18, 2013 at 1:48 am

Askum..aku setuju dengan cha.

Reply

awanbiru May 7, 2013 at 6:37 am

Kristisn di Mesir ada 2. Kristian unity & trinity. Kristian unity mmg sdh lama menggunakan kalimah Allah dlm bible dan berpegang kpd tuhan itu satu.
Kristian unity juga mengkafirkan kristian trinity kerana mengatakan tuhan ada tuhan anak & bapa.
Malah mengikut tulisan asal bible dlm bahasa greek & hebrew mmg tidak ada menyebut yg tuhan itu merujuk kpd kalimah Allah.

Reply

berjaya July 10, 2014 at 5:18 pm

agama…islam…sebabnya…hanya..umat yang…ber agama islam…saja…yang taat…kepada…allah.sebab apa kalimah..allah..hanya..khusuus..untuk…umat…yang ber ..sedangkan…umat…manusia…yang…be agama…selain…islam…semua…nya….durhaka…kepada…allah…

Reply

berjaya July 10, 2014 at 5:19 pm

kafir…laknatullah…tak habis…habis…mau…bikin..kacau..tipu..orang..tak ada..malu…sebagai…manusia..adakah…kalian…binatang..yang menjelma…dalam.rupa bentuk…manusia…apa..yang..kalian…sembah…tu…adalah….sesuatu….yang…kamu…ukir..sendiri….kamu…mengukir..nya..kamu..pula….yang…menyembah…nya….jenis…sesat…bodoh..ada…hati…mau…menyalahkan…orang…lain…

Reply

berjaya July 10, 2014 at 5:19 pm

100 KALI /LEBIH . DEBAT ISLAM KRISTEN MUHAMAD YAHYA WALONI MANTAN inilah di antara umat manusia yang membuat kajian berkaitan agama secara maksimum didalam mencari kebenaran yang sebenar,,,,nya…..
ADA CONTOH ORANG MERDEKA ADA PADA YOUTUBE DIBAWAH SEKURANG KURANG NYA ULANG DENGAR PADA YOUTUBE DI BAWAH INI…….kajiannya sehingga ke israel…..
youtube.dari mantan ketua gereja seluruh indonesia,yang masuk agama islam…..cukup hebat dan serius serta luar biasa simak 100 kali /lebih supaya faham ,sila simak…..ada untungnya…………
mudah mudahan dibuka pintu surga ,untuk kita semuanya serta masuk kedalam nya amin amin yarabbal alamin…..dalam kata kunci youtube di bawah ini.

Pendeta Masuk Islam (Dr. M. Yahya Waloni) Full Duration
DEBAT ISLAM KRISTEN MUHAMAD YAHYA WALONI MANTAN
Dr. M. Yahya Waloni (Mantan Pendeta) Full
Dr. M. Yahya Waloni (Mantan Pendeta) Full

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: