JPA Setuju Naikkan Gred Jawatan Juruteknik J17 Ke J29.Pengumuman Dalam Bajet 2014!

by Staff Agenda Semasa on October 9, 2013 · 11 comments

JPA Juruteknik J17

Berita gembira buat kakitangan awam yang memegang jawatan Juruteknik Gred J17, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah mengesahkan kenaikan gred bagi skim Juruteknik pada 10 September yang lalu.

Tiada Lagi Juruteknik.Selepas ini Juruteknik Gred J17 Ditukar Kepada Penolong Jurutera J29

Kalau pembaca Agenda Semasa masih ingat, kami telah menulis mengenai berita kenaikan gred Juruteknik J17 ke J29 pada bulan Februari yang lalu. (Baca Di Sini).

Seramai kirakira 45,000 juruteknik yang berkhidmat dalam sektor awam di negara ini kini menikmati skim gaji baharu ekoran keputusan kerajaan menaikkan gred jawatan daripada J17, J22 dan J26 kepada J29 berkuat kuasa 1 Julai 2013 dan pengumuman akan dibuat pada pembentangan Bajet 2014 tidak lama lagi. Terdapat beberapa perubahan yang bakal berlaku dalam skim Juruteknik J17 seperti di bawah :

  • Juruteknik berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) akan dinaikkan ke peringkat diploma.
  • Tangga gaji akan berubah, gaji permulaan juga berbeza, misalnya kalau sebelum ini juruteknik baharu dilantik gaji permulaan RM820, apabila dinaikkan ke gred J29 mereka akan menikmati gaji permulaan sekitar RM1055.
  • Di bawah skim baharu , perubahan tangga gaji seseorang juruteknik bergantung kepada gaji semasa dan tempoh dalam perkhidmatan.
  • Jawatan juruteknik dalam sektor kerajaan akan dihapuskan dan digantikan dengan jawatan baharu iaitu Penolong Jurutera berkuat kuasa 1 Januari 2014.
  • Kelulusan masih sama iaitu lepasan SPM, SMV atau diploma daripada politeknik atau mana-mana institusi pengajian tinggi menawarkan pengajian teknikal atau bidang kejuruteraan.

Kami ucapkan tahniah kepada kakitangan awam yang menjawat jawatan Juruteknik J17 ini.Semoga dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2014 nanti, Juruteknik akan berkhidmat dengan lebih baik lagi.

Apa pula respon kakitangan awam yang lain? Setuju?

{ 11 comments… read them below or add one }

Farah October 10, 2013 at 9:02 am

assalammualaikum dan salam sejahtera..

Saya Nur Farah Izzati Binti Zani dari jurusan Diploma In Executive Assistant Computer System dari kursus Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 dan saya mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan Tahap 2 iaitu JuruTeknik Sistem Komputer.. ingin bertanya kan kekosongan kerja di JPA..

Reply

mamak October 10, 2013 at 11:51 am

wkslm.

ini bukan web JPA la cik adik oi. kalau nak mohon,mohon la kat SPA. takpun mohon dalam paper tu.byk iklan. kalau ada rezeki kita dapat la.

Reply

JPA October 14, 2013 at 12:22 pm

Waalaikumsalam..

Hahahahaha..
Seb baik bg salam.

Reply

Pemerhati October 12, 2013 at 1:02 am

1. Syukur, rezeki durian runtuh kepada mereka yang berkenaan.

2. Apa pun, saya percaya, seluruh kakitangan Perkhidmatan Awam akan memerhati dengan penuh teliti dan terperinci segala penambahbaikan yang akan dilakukan. SBPA akan menjadi tanda aras sama ada penambahbaikan ini lebih baik, tidak memberi apa- apa makna, atau lebih buruk.

3. Adalah penting untuk kerajaan memastikan penambahbaikan yang seimbang. Sebarang ketidakseimbangan, pasti akan membawa BENCANA MORAL dan BENCANA MOTIVASI kepada pihak yang dipinggirkan.

4. Adalah satu tindakan yang bijak jika penambahbaikan yang dibuat, adalah merupakan penambahbaikan yang menyeluruh, yang menerapkan prinsip adil dan saksama, dan memandang setiap skim dan individu penjawat awam sebagai sama penting dan sama utama. Jika perkara sebaliknya berlaku, sekali lagi, BENCANA MORAL dan BENCANA MOTIVASI pasti akan melanda.

5. Semoga pada kesudahan pemberitahuan penambahbaikan ini, samada melalui bajet ini ataupun pada sesi yang lain, adalah penambahbaikan yang pintar, memberi penyelesaian yang pintar, seterusnya ADIL dan SAKSAMA.

Reply

JURU2.. October 26, 2013 at 6:05 pm

NAJIB TK CAKAP PAPE PUN TTG JURUTEKNIK MASE BAJET 2014…

Reply

sham November 5, 2013 at 12:09 am

salam
nampaknya group yang joint cuepac aja yang terbela
group yang sikit dan tak joint cuepac tapi juga memberi komitment kepada kerajaan dan patut juga dibela seperti 81 jawatan tu terus ditinggalkan.
mohon kerajaan semak sama rata. wassalam

Reply

Noorhaliza Mohd Shah November 5, 2013 at 9:39 am

Sy tlh brafa d gred 22 slma lbh 20 thun…dh bbrp kli ke tgga gji max.bru2 ini la dpt 3 knaikn tu…tp org yg bru max pn dpt sma dgn sy…sdikit kecewa

Reply

Phyrol November 6, 2013 at 9:36 am

Assalamualaikum wbt…
Bagaimana dgn Jt yg telah 10th brkhidmat? Bila boleh dpt KUP?
Bagaimana pula yg telah J22(KUP) dan hakiki J22 & J26?

Reply

Ali November 6, 2013 at 12:31 pm

Nasib J29 sedia ada macam mana pula?? J29 ada kelulusan diploma, pinjaman PTPTN pun belom habis lagi. Terima kasih dengan rezeki yang diberi tapi lebih baik rezeki yang diberi adalah secara adil dan kena dengan caranya. Tindakan yang diambil dilihat makin tidak popular

Reply

ZAIDI November 11, 2013 at 2:01 pm

betul tu, orang yang lepasan diploma UTM dan UiTM J29 nak letak kat mana, sijil politeknik lagi bagus dari diploma U ke?

Reply

Aril December 2, 2013 at 3:56 pm

yang buat dasar ni semua tak fikir ka? takkan sijil sama ngan diploma. Belajar sjil mengambil masa 2 tahun belajar diploma mengambil masa 3 tahun tapi kerja dengan gaji dan gred yang sama. Bagi yang susah banyak bezanya kos pengajian Takda masalah nak bagi j17 naik ke j29 tapi macam mana dengan j29 sedia ada, tak kan apa pun takda? kalau nak samaratakan sekurangnya bagi la adil contohnya j29 sedia ada yang telah berkhidmat 10 tahun bagi kenaikan 1 tangga gaji. Memang betulla macam ramai orang kata dah lama kenapa tipu.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: