Baucer Karisma Hati Rakyat 2013 : 200,000 Layak Dapat RM 200 (Semenanjung) & RM 300 (Sabah & Sarawak)

by Staff Agenda Semasa on February 18, 2013 · 32 comments

karisma hati rakyat 2013

Karisma Hati Rakyat 2013: Belum lagi selesai pengagihan BR1M 2.0 yang masih sedang dijalankan, ada ‘satu’ lagi Imbuhan yang akan diberikan kerajaan kepada rakyat Malaysia yang terpilih iaitu Baucer Karisma Hati Rakyat.

Program Karisma Hati Rakyat 2013

Program yang dinamakan Program KAR1SMA @ Hati Rakyat ini merupakan program bersama Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri, bagi mendekati rakyat berpendapatan rendah,miskin dan tidak bernasib baik di peringkat akar umbi mulai bulan ini sehingga Mac 2013.Program ini merupakan inisiatif susulan kepada program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) dibawah KPWKM. Turut terlibat dalam program ini adalah KPDNKK dan Yayasan Kebajikan Negara yang akan bertindak selaku Peyelaras Program.

baucer karisma hati rakyat

Kriteria Penerima Baucer Karisma Hati Rakyat 2013

Bagi tujuan perlaksanaan program-program tersebut, KPWKM dan ICU JPM telah mendapat peruntukan khas sebanyak RM50 juta yang akan disalurkan kepada KPWKM sebagai peneraju program dan disasarkan sebanyak 200000 penerima bakal mendapat manfaat daripadanya.Kriteria penerima adalah yang terdiri daripada mereka yang belum pernah menerima apa-apa bantuan dari Kerajaan, mereka yang pernah memohon untuk mendapatkan bantuan namun permohonan ditolak atau masih salam proses penerimaan dan golongan miskin tegar.

Program khas ini akan dilaksanakan melalui pasukan bergerak yang terdiri dari pegawai-pegawai KPWKM bersama NGO Wanita dan persatuan-persatuan wanita seluruh negara.

karisma hati rakyat 2013

KAR1SMA @Hati Rakyat ini akan menggunakan kaedah pemberian baucar bernilai RM200 bagi Semenanjung dan RM300 bagi Sabah dan Sarawak secara one off bagi penebusan barangan keperluan rumah,kelengkapan sekolah,barangan dapur serta barangan khas seperti lampin,kerusi roda dan sebagainya dikedai-kedai terpilih seluruh negara.

 

{ 33 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: