TERKINI : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM 400) & Imbuhan Tetap Perumahan (RM 250-RM 450)?(UPDATE)!!!

by Staff Agenda Semasa on February 20, 2013 · 17 comments

Kenaikan imbuhan tetap perumahan 2013Kenaikan Gaji Kakitangan Awam & Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 2013: Berita Semasa yang baru kami diterima, bahawa Perdana Menteri sedang menimbang untuk meluluskan kenaikan  gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada antara RM350-RM450.

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam + Imbuhan Tetap Perumahan 2013

Dengan ura-ura bahawa pembubaran DUN yang dikatakan bakal berlaku pada hari ini atau selewat-lewatnya, pada 22 Februari 2013, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak dijangka akan meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam dan imbuhan tetap perumahan 2013 pada Khamis ini atau selewat-lewatnya, minggu hadapan. Berita baik buat 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia, kerajaan mendengar keluhan penjawat awam.

P.S. Pasti ramai kakitangan swasta yang mungkin tidak puas hati…

P.P.S. Tunggu Berita yang akan kami update dari masa ke semasa….

P.P.P.S. Jangan lupa share artikel ini dengan rakan-rakan sosial anda..

UPDATED!!!

Jabatan Kerjaraya telah bersetuju dengan tawaran dari Jab Perkhidmatan Awam untuk urusan tukarlantik Juruteknik J17/J22/J26 ke Skim Perkhidmatan Penolong Jurutera Gred J29 dengan kelayakan masuk baru iaitu Diploma. Selepas ini skim juruteknik akan dijumudkan dan tiada pengambilan bagi kelayakan masuk bertaraf sijil.

Juruteknik2 yg tdk memenuhi syarat lantikan, pihak JKR akan membantu melalui ‘topping-up’ yg mana pegawai berkenaan dikehendaki melalui kursus utk tempoh yg ditentukan sblum ditukarlantik sebagai Penolong Jurutera gred J29

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi 1.4 juta kakitangan awam akan menerima berita baik tidak lama lagi, yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tuntutan dan rundingan yang telah dibuat oleh Cuepacs dan perdana menteri menunggu masa sesuai untuk  diumumkan.

“Banyak perkara telah dituntut oleh Cuepacs dan saya rasa sudah beberapa kali Cuepacs berjumpa dengan perdana menteri, ada serahkan surat dan memorandum.

“Apa yang dituntut oleh penjawat awam melalui Cuepacs telah dibawa ke perdana menteri dan insya-ALLAH mungkin ada berita baik tidak lama lagi.

“Kita tunggu dan bersabar sajalah bila dan apa yang akan diumumkan oleh perdana menteri nanti,” kata beliau di hadapan 3,000 peserta pada Majlis Perjumpaan Khas Cuepacs bersama beliau hari ini di sini.

Bulan lalu, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa masalahmereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara.

“Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan, namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.

“Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi,” katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Presiden Umno berkata, penjawat awam merupakan tunggak utama bagi melaksanakan dasar dan plan pembangunan.

Muhyiddin juga berkata, Cuepacs membantu kerajaan dan penjawat awam berinteraksi untuk mencari mekanisme yang lebih berkesan bagi menyelesaikan apa jua perkara.

“Kita akui penjawat awam adalah tunggak utama kepada kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara dan sebagainya.

“Namun, saya ucapkan tahniah kepada Cuepacs yang menjadi orang perantaraan antara kerajaan dan penjawat awam untuk mencari cara yang berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan,” katanya lagi.

Majlis perjumpaan ini juga adalah julung kali diadakan bagi membingcang masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh penjawat awam.Pada program ini peserta berinteraksi secara langsung dengan Muhyiddin bertanyakan soalan yang berkaitan sektor awam.

Mengikut maklumat, berita baik tersebut akan diumumkan selepas pilihanraya.Kami rasa, eloklah berita pengumuman itu dibuat sebelum pilihanraya.Dah ramai sangat kakitangan awam yang mengharap pengumuman baik itu dipercepatkan.

{ 13 comments… read them below or add one }

Que February 20, 2013 at 8:07 pm

woohooo. syoklah kalau betul berita ni

Reply

zool February 20, 2013 at 10:55 pm

ada dengo2 gak. tapi tak berani publish selagi tak confirm

Reply

Staff Agenda Semasa February 21, 2013 at 12:46 am

tulah, harap berita baik tu betul..kalau x betul marah penjawat awam..

Reply

proffads February 24, 2013 at 4:22 pm

btol ker.. takot gimmik jer tp hampeh x dapat ponnn .. yg dapat ciput jerrr nt.

Reply

Setia Menunggu February 27, 2013 at 11:32 am

berita baik ini perlu diberitahu sebelum pilihanraya kerana jika kerajaan menang penjawatan awam yg lain berasa lega tetapi jika sebaliknye belum tentu kita dpt seperti yg disedia maklum seperti skrng ni…

p/s : harap dpt la tunaikn sblm plhanrya nti…

Reply

Phyrol March 5, 2013 at 6:58 pm

Utk J17/22/26 yg sediada mempunyai kelayakan Sijil Politeknik rasanya boleh terus di tukarlantik ke J29/36/38 kerana selepas ini tiada lagi Sijil Politeknik. Oleh itu J17/22/26 boleh diisi kekosongannya dengan kelayakan SPVM…

Reply

ELYSIOS ELYSIOS SIKUL March 24, 2013 at 7:11 pm

J17 to j29

Reply

myie June 11, 2013 at 12:57 pm

Kalau yang j17/22/26 pergi ke j29…macammana pulak yang dah j29???

Reply

Shakina Samsudin June 11, 2013 at 7:53 pm

Syukur Alhamdulillah..rezeki lagi…Penantian selama 2 tahun …wah..naik sekaligus…tahniah buat Cuepecs yang berjuang untuk kita dan juga buat KKA (union) sama2 berganding bahu menyelesaikan permasalahan ini…tahniah buat semua kakitangan awam yang akan mendapat rezeki durian runtuh ini…

Reply

Muhammad Noor Firdaus @ iskandarX Bin Haji Bashah June 14, 2013 at 9:32 pm

kakitangan swasta nampaknya lepas nie kena buat partime lah nampak gayanya, nak harap kenaikkan gaji setahun RM50 memang parah.

Reply

HAMPEH July 27, 2013 at 1:57 pm

Mnanya kenaikan rm 400 elaun rumah 350 kena tipu aje la p/raya dah lepas dah pun duit raya 500 macam BR1M ajela. tapi bersukur la sbb 500 tu leh wat cam2 tu wat tambang p uzbeks pun cukup tu

Reply

Sithambaram July 4, 2014 at 4:32 pm

PM yg dikasihi,
Saya sebagai rakyat Malaysia terpegun mendapat seorang Perdana Menteri yg betul betul berdedikasi , pernah memberi Rm 1000 dan Rm 3000 drp ( TAWP) kpd bekas bekas Polis yg berkhidmat semasa Darurat / Komunis . ( 1948-1960 )

Jadi sebagai seorang bekas polis saya ingin mencadangkan disini supaya mereka di beri satu HADIAH SAGUHATI DUIT RAYA. Hari Raya pun tak jauh lagi. Ini Bulan Ramadhan dan tak lama lagi 1 Syawal.

Ini adalah mengenangkan JASA JASA LAMPAU mereka di mana mereka ini ( warga perwira ) yg telah menyelamatkan Malaysia pada zaman Darurat .

Jasa jasa ATM TAK PATUT DI LUPA , mereka juga patut diberi Saguhati.

Sekali lagi saya memohon / merayu dengan rendah diri supaya warga perwira ini di beri perhatian yang sewarnya.

Slogan PM kita berbunyi seperti di bawah :

RAKYAT DI DAHULUKAN dan PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.

Sekian ,
Terima Kasih,

Sitham bekas PDRM.

Reply

Sithambaram July 9, 2014 at 5:32 pm

Terima Kasih atas update itu , tetapi di sini saya bercerita tentang Perwira yg menentang Komunis mempertahankan Tanah Air YG TERCINTA ini pada masa Darurat ( 1948 – 1960 ) Bagilah Perwira ini Duit Raya atau pun Saguhati setiap Tahun dimana mereka juga menikmati Bonus Malaysia ini.
Raya tak lama lagi. PM kita yg juga Menteri Kewangan Malaysia bolih menyelesai perkara ini dlm sekelipmasa saja.
Sila berhubung / cooperate dgn Persatuan Bekas Polis MALAYSIA.

Harap mendapat perhatian yg sewajarnya drp Kerajaan Malaysia /
TAWP ( Tabung Amanah Warisan Polis )

Terima Kasih,

Sithambaram.

Reply

Leave a Comment

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: