Keputusan Pilihanraya Umum 13 (PRU 13).Siapa Bakal Ke Putrajaya? Barisan Nasional Atau Pakatan Rakyat?

by Staff Agenda Semasa on May 5, 2013 · 2 comments

Keputusan PRU 13

Keputusan PRU 13 : Hari ini, merupakan hari yang paling dinanti dan yang paling mengujakan.Setelah penat selama hampir 5 tahun berteka-teki, hari ini merupakan hari penentu di mana pembuangan undi bagi menentukan siapa yang bakal memerintah kerajaan, samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat akan dijalankan.

Masing-masing, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sudah cuba untuk memenangi hati rakyat dengan pelbagai langkah dan cara.Dalam kedua-dua manifesto dari kedua-dua komponen Parti Politik terbesar Malaysia, masing-masing cuba memberikan yang terbaik. Terpulang kepada rakyat Malaysia pada hari ini untuk menentukan, Manifesto yang mana yang lebih memikat. Samada “Aku Janji” ataupun “harapan Rakyat”.

Keputusan PRU 13 : Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat?

keputusan PRU 13Kalau tengok suasana politik dalam PRU 13 kali ini, sungguh berbeza.Tak sama macam PRU 2008 dulu. Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dilihat “sama kuat” kali ini.Dulu Barisan Nasional lebih agresif dalam berkempen, tapi sekarang nampak dah jadi “defender”. Pakatan Rakyat pula yang kami dapati, lebih “menyerang” dari segenap penjuru.

Dari apa yang kami dapati, golongan muda sekarang lebih terarah untuk menyokong Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional. Ini kerana, apa yang diperjuangkan oleh Pakatan rakyat adalah lebih dekat dengan mereka.Berbanding dengan Barisan Nasional yang seolah-olah lansung tidak memikirkan sama sekali masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan muda sekarang.

Harga minyak yang tinggi, harga rumah yang turut meningkat,hutang PTPTN, serta kos sara hidup yang membebankan sekarang, menjadi punca kepada arus perubahan jiwa anak muda sekarang. Dan Manifesto Pakatan Rakyat, menjanjikan penyelesaian kepada masalah-masalah mereka dalam jangka panjang,

Manakala daripada pihak Barisan Nasional, hanyalah sesuatu yang berbentuk “one-off: sahaja. Sekali setahun. Ini banyak menimbulkan ketidak puasa kepada mereka samada kerajaan barisan Nasional benar-benar ikhlas untuk membantu mereka dan menjamin bahawa masa depan mereka akan menjadi lebih baik.

Keputusan PRU 13 : Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat. Pilihan Anda?

Keputusan untuk PRU 13 kali ini pasti sengit.Masing-masing tidak boleh mendabik dada terlalu awal.Peluang untuk meraih kemenangan dan berarak ke Putrajaya adalah sama. Hanya rakyat yang bakal menetukan siapa yang layak menjadi pemimpin mereka. Buatlah pilihan yang tepat untuk diri anda.

P.S. Parti mana bakal menang PRU 13 ini?

[poll id="14"]

{ 2 comments… read them below or add one }

biskut lemau May 5, 2013 at 2:18 am

Pakatan rakyat bakal menang!

Reply

muhammad May 5, 2013 at 3:39 am

in’sha’ALLAH, MALAYSIA dilindungi ALLAH SWT dari Pakatan Pengkhianat Ugama, Bangsa dan Negara…ALLAH AKHBAR!!!
ya ALLAH,gerakkanlah MALAYSIA supaya BERSATU menolak Pakatan Rakyat..amin ya RABB:_(

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: