Kerajaan Wajibkan Konsep Rumah Bina Dahulu Dan Jual Kemudian (BTS) Mulai Tahun 2015

by Staff Agenda Semasa on October 19, 2012 · 2 comments

bts adalah merupakan konsep bina dahulu dan jual kemudianRumah Bina Dahulu dan Jual Kemudian (BTS): Berita baik buat bakal-bakal pembeli rumah, kerajaan bercadang untuk mewajibkan konsep bina dahulu dan jual kemudian (BTS) mulai tahun 2015 kepada semua pemaju perumahansebelum dijual kepada pembeli bagi mengelakkan situasi projek terbengkalai yang banyak merugikan pembeli-pembeli rumah.

Konsep Beli dan Bina (BTS)

menteri perumahan dan kerajaan tempatanMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata keputusan itu dibuat selepas kajian menyeluruh dilaksanakan.

“Kita akan ubah kaedah beli dan bina yang wujud sejak sekian lama. Sebenarnya konsep beli dan bina adalah salah satu model yang diamalkan di negara maju manakala sesetengah negara mengamalkan kedua-dua konsep. 

Menerusi konsep itu, pembeli hanya dikehendaki membayar wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah manakala bakinya dibayar apabila rumah siap dibina,” – Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Kaedah beli dan bina (BTS)

“Kita sudah lakukan kajian menyeluruh dan dasar ini kita akan ubah pada 2015,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat disini semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang bangun mencelah meminta penjelasan mengenai perkembangan pelaksanaan konsep bina kemudian jual seperti diperkenalkan ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Mengulas lanjut, Chee Heung yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata, setakat ini ada empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberi jaminan untuk melaksanakan konsep berkenaan mulai tahun depan. 
Beliau berkata, menerusi konsep itu, pembeli hanya dikehendaki membayar wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah manakala bakinya dibayar apabila rumah siap dibina.

Chee Heung berkata, sehingga kini kerajaan menyuntik dana RM117 juta untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai dan menerusi Bajet 2013, kementerian menerima peruntukan RM100 juta bagi meneruskan agenda itu.

Beliau berkata, sepanjang 2009 hingga 2012, sebanyak 178 projek perumahan diisytiharkan terbengkalai dan daripada jumlah itu, 112 projek berjaya dipulihkan, 67 projek dalam proses pemulihan dan baki sembilan projek dalam perancangan untuk dipulihkan. 

Bagi Selangor contohnya, bilangan projek perumahan terbengkalai bagi tempoh berkenaan adalah 48 projek membabitkan 16,073 pembeli.

“Bagaimanapun hasil usaha gigih kerajaan, 25 projek berjaya disiapkan manakala 22 projek lagi dalam proses pemulihan,” katanya.

Biaya kos 10 peratus

Bagi mengatasi masalah projek terbengkalai, beliau berkata, kerajaan menyenarai hitam ahli lembaga pengarah dan syarikat pemaju perumahan yang gagal melaksana projek selain tidak mempertimbangkan permohonan lesen dan permit baru mereka.

Melalui pindaan Akta 118 lalu, tindakan pendakwaan juga boleh diambil terhadap pemaju perumahan yang mengabaikan suatu projek perumahan atau menyebabkan suatu projek itu terbengkalai.

Kerajaan juga katanya akan menggunakan kuasa mengikut akta itu untuk memastikan tindakan menyuntik dana dalam memulihkan projek perumahan swasta tidak diambil kesempatan pemaju perumahan yang sengaja tidak menyiapkan projek mereka.

Sementara itu, pada sidang media di lobi Parlimen, Chee Heung berkata, kerajaan tidak mempunyai masalah untuk membiayai kos infrastruktur rumah sebanyak 10 peratus jika projek pembinaan rumah dilaksanakan menerusi Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA).

Kami amat menyambut baik cadangan dan dasar kerajaan yang nampaknya lebih prihatin terhadap masalah rakyat.Walaupun konsep BTS ini pernah mendapat kecaman dan juga halangan daripada pelbagai pemaju “besar”dan juga REHDA, namun nampaknya kerajaan tidak berkomrpomi dalam perkara ini.

Dah acapkali perumahan terbengkalai ini berlaku dari dulu sampai sekarang.Pemaju selalunya dapat melepaskan diri, dan akhirnya pembeli rumah yang terpaksa menanggung hutang unuk rumah yang tidak dapat mereka duduk.Sampai bila keadaan ini harus berlaku.Oleh sebab itu, kami amat menyambut baik cadangan dan dasar kerajaan untuk konsep BTS ini diwajibkan.

Walaupun harga rumah berkemungkinan akan menjadi sedikit mahal, secara logiknya, pasaran harga rumah akan ditentukan oleh bakal-bakal pembeli selepas ini.Apa kata anda mengenai dasar terbaru kerajaan dalam konsep perumahan BTS ini?

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: