(Keputusan) Malaysia vs Qatar Kelayakan Piala Asia 2015 Malam Ini.Boleh Menang?

by Staff Agenda Semasa on February 6, 2013 · 2 comments

qatar vs malaysia keputusan kelayakan piala asia

(Keputusan) Malaysia vs Qatar Kelayakan Piala Asia 2015 : Malam ini, di Doha, Qatar, pasukan Malaysia akan menentang pasukan Qatar dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Qatar vs Malaysia Kelayakan Piala Asia 2015

Qatar vs Malaysia

Masa : 11 Malam

Tempat : Stadium Jassim Bin Hamad, Qatar

Senarai 26 Pemain Malaysia vs Qatar

1. Mohd Khyril Muhymeen Zambri
2. Mohd Farizal Marlias
3. Yong Kuong Yong
4. Mahalli Jasuli
5. Norazlan Razali
7. Asraruddin Putra Omar
8. Kunalan Subramaniam
9. Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
10. Azamuddin Mohd Akil
11. Muhammad Fauzi Rozlan
12. Khairul Fahmi Che Mat
13. Nik Mohd Shahrul Azim bin Ab Halim
14. Mohd Shakir Shaari
15. Mohd Faizal Muhamad
16. Mohd Ashari bin Samsudin
17. Amiridzwan Taj Tajudin
18. Reuben Thayaparan Kathiripillai
19. Amar Rohidan
20. Mohd Fadhli bin Mohd Shas
21. Amirul Hadi

Dengan kekalahan terbaru pasukan Malaysia semasa menentang Iraq tempoh hari, kami jangkakan perlawanan malam ini juga bakal menjanjikan keputusan yang sama. Bukan untuk melemahkan semangat pemain Harimau Malaya, namun kami tidak mahu terlalu berharap.

Pada pemerhatian kami semasa permainan menentang Iraq, tidak ada persembahan memberangsangkan untuk dipertonton. Selain daripada kesilapan-kesilapan mudah pemain Malaysia, yang bagi kami, tidak patut berlaku kepada pemain profesional.Maaf cakap, masih lagi “kekampungan”.

keputusan piala asia 2015 malaysia vs qatarKami tidak tahu dimana silapnya, momentum permainan menarik dan lebih tersusun pasukan Malaysia sudah hilang “magisnya” selepas memenangi AFF Suzuki Cup 2010 tidak lama dahulu. Adakah kerana pemain ataupun kesilapan percaturan “eksperimen” K. Rajagopal, selaku ketua Jurulatih Malaysia?

Kami sebagai peminat tegar Harimau Malaya dan seperti yang lain, sudah pasti mahu pasukan Malaysia memberikan yang terbaik di atas padang. Bukanlah kami tidak mahu kemenangan atas setiap perlawanan Harimau Malaya, namun kami berpijak di bumi realiti, Menentang pasukan Qatar yang menduduki ranking ke-106 FIFA, bukan mudah.

Dari aspek fizikal, pasukan Malaysia sudah “tewas”. Ini belum masuk soal kawalan bola dan aspek teknikal pemain Qatar yang lebih baik.Tetapi, kami mahu Harimau Malaya berjuang habis-habisan. Walaupun kalah, biarlah kalah secara “terhormat”. Bukan kalah dengan permainan yang memalukan.

Kami tidak mahu alasan kecederaan pemain-pemain utama diberi. Liga Malaysia mempunyai pemain yang baik, cuma samada pemian-pemain tersebut, dipanggil menyertai skuad kebangsaan atau tidak, itu keputusan K.Rajagopal. Jadi, kalau pemain pilihannya tidak bermain dengan baik secara keseluruhan, wajar tanggungjawab itu dipikul oleh ketua jurulatih Malaysia itu.

Ketiadaan Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Safiq Rahim,bukan penghalang.Kami berharap, agar K.Rajagopal dapat berbuat sesuatu dam membuktikan kepada peminat-peminat pasukan Harimau Malaya bahawa keputusan beliau tepat!

Keputusan Malaysia vs Qatar Kelayakan Piala Asia 2015

Malaysia 0-2 Qatar

Minit ke-55 : Ibrahim Al-Kalfan

Minit ke-93 : Yousef Ahmed

Separuh Masa Pertama

Nampaknya permainan agak seimbang pada 18 minit pertama di antara Malaysia & Qatar.Peluang Malaysia hadir dari hantaran Azamuddin Akil, namun gagal disudahkan oleh Amri Yahyah pada minit ke 20.Namun kami kena puji bahagian tengah dan sayap Malaysia, yang nampaknya berfungsi dengan baik setakat ini.

Mahali Jusuli bolehlah kami katakan pemain terbaik Malaysia bagi separuh masa pertama ini.Beliau walaupun berperanan sebagai pertahanan tengah, tapi kami lihat habis satu padang dia bergerak. Penguasaan bola jelas milik Qatar, namun pemain Malaysia berjaya menahan asakan.

Permainan Malaysia pada separuh masa pertama, mendapat pujian dari kami.Keputusan masih terikat 0-0 pada separuh masa pertama.apa yang kami nampak, pemain Malaysia berani untuk membuat hantara-hantara pendek 1-2,dimana secara jelas, ianya menampakkan gerakan yang lebih baik berbanding permainan hantaran jauh pada perlawanan dengan Iraq tempohari.Cuma penguasaan dan kawalan bola sahaja yang menajdi kekurangan pemain Malaysia dalam perlawanan separuh masa pertama ini.

Separuh Masa Kedua.

Masuk 10 minit masa kedua, Qatar mendapat gol melalui sepakan percuma Ibrahim Al-Kalfan, yang terkena benteng pertahan Malaysia dan mengelirukan penjaga gol, Khairul Fahmi.Sekali-sekala Malaysia cuba mengasak, namun setiap pergerakan pasukan Malaysia, ternyata mudah dipatahkan oleh pemain-pemain Qatar.

Beberapa pertukaran dibuat oleh K.rajagopal dengan memasukkan Norfarhan, Abdul Hadi dan Ridwan Taj, namun ianya tidak membawa apa-apa perubahan.Pada minit ke-90, Qatar hampir menambah jaringan melalui Al-Kalfan hasil kelam-kabut yang berlaku di dalam kotak penalti Malaysia, namun terkena tiang.

Akhirnya, pada minit ke-93, Yousef ahmed menghukum kesilapan pertahanan negara, K.Rueben yang gagal mengeluarkan bola dan akhirnya tertampan kepada Yousef yang tidak membuang peluang yang diberi untuk menambah jaringan ke-2 Qatar. Perlawanan tamat dengan kekalahan Malaysia 0-2 kepada Qatar.

Kesimpulan?

Pada hemat kami, Malaysia bermain agak baik kali ini, dan pengalaman berhadapan pasukan dari negara teluk, memungkinkan pemain Malaysia menghadapi kesukaran. Jelas sekali pemain-pemain Qatar lebih pantas, lebih teknikal, lebih kemas dalam perancangan mereka.

Kami memuji barisan pemain Malaysia pada perlawanan ini.Mereka telah menujukkan kesungguhan untuk cuba mengikat kedudukan, namun jelas sekali, permainan Malaysia masih belum mampu menyaingi pemain Qatar.Ada kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan oleh Pemain Malaysia, dan kami berharap, agar perkara-perkara begini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Kelemahan yang kami dapati, adalah kekurangan jentera tengah dalam mengaktifkan serangan. Tiada lorongan-lorongan bola yang cantik buat pemain sayap dan penyerang negara untuk melakukan serangan.Walau apapun, pemain barisan K.Rajagopal kali ini, kami rasakan lebih baik daripada barisan pemain semasa kejohanan AFF Suzuki 2012.

Permainan nampak tersusun, hantaran-hantaran dekat. kesungguhan pemain, bermain dalam tempo yang terkawal, dan komunikasi nampak lebih baik kali ini. Kami harap agar kekurangan-kekurangan kecil semasa dalam perlawanan malam ini, dapat diatasi dengan baik oleh K.Rajagopal selepas ini.

{ 1 comment… read it below or add one }

vecests February 6, 2013 at 9:26 pm

Tonton TV1.T2.T3.TVi .Muzik Aktif,astro ria,astro prima.astro warna,astro ceria
astro arena,bernama tv dan pelbagai channel menarik hanya di  http://www.vecests.com/2013/01/online-tv-malaysia-radio-streaming.html  semua nya di bawakan khas untuk anda LIVE STREAM MALAYSIA VS QATAR DI >  http://www.vecests.com/2013/01/astro-arena-live-stream.html

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: