Senarai Penuh Menteri & Timbalan Menteri Kabinet Malaysia 2013

by Staff Agenda Semasa on May 15, 2013 · 8 comments

Senarai Menteri Kabinet

Menteri Kabinet Malaysia : Dikatakan, pada hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengumumkan senarai perlantikan Menteri Kabinet bagi kerajaan Malaysia bagi penggal 2013 ini.

Selepas sesuatu parti mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan, apa yang biasa dilakukan adalah melantik ahli parlimen untuk mengisi barisan Kabinet bagi portfolio masing-masing.Untuk itu, setelah Barisan Nasional menang dalam Pilihanraya Umum 13 tempohari, Datuk Seri Mohd Najib yang telah pun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia, akan mengumumkan senarai Menteri Kabinet untuk membantu beliau memastikan perjalanan transformasi dan usaha Barisan Nasional dapat direalisasikan.

Spekulasi Menteri Kabinet Malaysia 2013

Perdana Menteri kali ini, benar-benar “tutup mulut” mengenai barisan kabinet yang dijangkan akan diumumkan pada hari ini.Bila terlalu “zip”, ruang untuk spekulasi dan meramal senarai Menteri Kabinet pasti terbuka.Tapi apa yang pasti, seramai 8 Menteri dan lima Timbalan Menteri daripada kabinet yang lalu dan tewas dalam PRU13.

Ini sebenarnya memberi ruang kepada Perdana Menteri untuk mengisi barisan kabinet Malaysia dengan muka-muka baru.Barisan Menteri yang pasti tiada dalam senarai itu Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Chor Chee Heung, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Timbalan Menteri yang tewas pula ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk S K Devamany, Datuk Liew Vui Keong, Datuk Tan Lian Hoe dan A Kohilan Pillay.Tapi ini masih spekulasi.Mana-mana calon yang tewas dalam PRU13 nanti mungkin dapat memegang portfolio kabinet lama, sekiranya mereka dilantik menjadi Senator, untuk membolehkan mereka mengisi jawatan dalam Kabinet Malaysia.

Bagi pemimpin dari MCA dan Gerakan pula, Perdana menteri dijangka menawarkan jawatan Senator walaupun parti berkenaan sudah memutuskan menolak sebarang perlantik ke Kabinet ekoran prestasi hambar kedua-dua parti dalam pilihan raya 5 Mei yang lalu.Tapi kami tetap menjangkakan Perdana Menteri tetap akan melantik wakil Parti MCA dalam kabinet Malaysia kali ini.

Selain mengekalkan beberapa muka lama yang menang, Najib dijangka melantik beberapa muka baru antaranya Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan P.Kamalanathan.Ahli Parlimen Rembau, Kota Belud dan Hulu Selangor itu diakui cukup menyumbang kepada kerajaan ketika mereka menjadi ahli Majlis Parlimen Malaysia (BNBBC) pada penggal parlimen lalu.

Turut jadi tumpuan perlantikan Kabinet itu adalah kedudukan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tewas pada PRU lalu.Abdul Ghani khabarnya akan dilantik penasihat bertaraf Menteri bertanggungjawab menjaga Koridor Selatan sama jawatan pernah diberikan kepada Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini menerajui Koridor Utara.

Mohd Ali pula disebut-sebut sebagai Menteri Pelancongan atau Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar memandangkan kejayaan beliau menjadikan Melaka negeri yang dikagumi pelancong antarabangsa.

Tapi, apa yang penting, Perdana Menteri perlu memastikan senarai Menteri Kabinet Malaysia yang dilantik pada kali ini, hendaklah berwibawa dan mampu mengisi kedudukan tersebut sebenar-benarnya.Kalau boleh, jangan pilih bulu dalam hal ini.Kalau betul-betul calon tersebut boleh buat kerja, jangan ketepikan.

Selalu apa yang kami nampak dalam kabinet Malaysia ni, bercelaru.Yang tak ada latar belakang kukuh pun di isi dalam kabinet sebagai Menteri Penuh.Kalau sampai bila-bila macam itu, susahlah.Apa-apa pun, ini keputusan Perdana Menteri.Kami hanya mampu memberikan pandangan.Berikut di bawah adalah ramalan senarai Menteri Kabinet Malaysia 2013.

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2013

senarai kabinet malaysia

kabinet malaysia 2013

 

 

*Sila Klik Untuk Paparan Penuh

Menteri Kabinet 2013

 

PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

RINGKASAN:

PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)
TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN
JUMLAH 57 JAWATAN
JUMLAH KEMENTERIAN 24
JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG
JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)
JUMLAH BACKBENCHERS 82 ORANG

Daripada pengumuman senarai penuh Menteri Kabinet yang diumumkan sebentar tadi, nampaknya lebih banyak penyertaan dari Sabah dan Sarawak ke dalam Kabinet Malaysia 2013 kali ini.

Apa pandangan anda mengenai senarai menteri Kabinet Malaysia kali ini? Puas hati? Kongsikan pendapat anda dengan kami.

{ 7 comments… read them below or add one }

Moktarudin May 15, 2013 at 2:19 am

Ali rustam jadi Menteri pelancongan?bkn dh klh ke?

Reply

Biskut May 15, 2013 at 2:20 am

Bce lar btol2! blh jd menteri klu lntik jd senator.

Reply

Asli Malaysia May 15, 2013 at 2:27 am

bukan senarai menteri kabinet blm kuar lg ker?

Reply

Abar Bin Gumpai May 15, 2013 at 7:37 am

Kuasa melantik Jemaah Menteri memang di tangan PM namun saya mengharapkan agar seorang Menteri dari PBS atau UPKO akan dilantik bagi mewakili masyarakat KDM bagi mencerminkan masyarakat 1Malaysia.

Reply

Sabahan May 15, 2013 at 11:11 am

Wakil dari sabah perlu ramai jadi Menteri kali ini..kalau tak ada Sabah dn Sarawak menykong BN, dah lama BN kalah.Ingat sket pd org2 Sabah.

Reply

akubiomed May 17, 2013 at 12:34 am

Bidang kerja saya dapat Menteri Kesihatan yang baharu.

Reply

Staff Agenda Semasa May 17, 2013 at 9:04 am

wah..org KKM le nih..

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: