Patrick Hina Menghina Agama Islam? Melampau!

by Staff Agenda Semasa on January 16, 2013 · 2 comments

patrick teoh listen listen

Kredit Gambar : reformasin.blogspot.com

Patrick Teoh Hina Islam : Sesuai dengan Isu kalimah Allah yang belum reda sampai ke hari ini, berita semasa yang baru kami terima adalah mengenai seorang pelakon dan pengacara yang pernah berlakon dalam Filem Baik Punya Cilok, dikatakan menghina agama Islam.

Patrick Teoh, dikatakan telah menulis status ke dalam laman sosial Facebbok beliau, menggunakan ayat yang dikatakan amat menghina bagi penganut agama islam, yang dikatakan menyentuh mengenai Solat 5 waktu dan menutup aurat. Ini hasil daripada pra-syarat yang dikenakan oleh Kerajaan PAS Kedah, terhadap penghibur dan penyanyi untuk Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Negeri Kedah.

Dikatakan, PAS Kedah meletakkan syarat agar hanya nyanyian berbentuk motivasi yang dibenarkan. Selain itu, penyanyi dan orang-perseorangan yang datang juga perlu memakai pakaian yang sopan dan tidak mendedahkan aurat.agaknya, akibat terlalu marah dengan macam-macam sekatan yang dikenakan, Patrick Teoh mengeluarkan kenyataan menghina Islam seperti yang anda boleh lihat di bawah.

patrick teoh facebook

Kenyataan Patrick Yeoh yang menghina Islam dalam laman Facebook beliau.

Hasil daripada kenyataan ini, Patrick teoh menerima kecaman yang bukan sedikit. termasuklah daripada rakan-rakan pelakon beliau dalam filem Baik Punya Cilok seperti Dato’ Ac Mizal, yang terang-terang mengutuk tindakan biadap dan perkauman dalam kenyataan Patrick Teoh.

patrick teoh hina islam

Kecaman Dato’ Ac Mizal terhadap Patrick Teoh di Laman Twitter

Selepas menerima kecaman, akhirnya Patrick Teoh meminta maaf dalam Twitter, mengatakan beliau menujukan kemarahannya kepada seseorang. kami pasti ianya Pentadbiran Kerajaan Kedah yang ditadbir oleh PAS sekarang.

patrick teoh hina islam

Danny X-Factor turut mengecam Patrick Teoh

Namun di sini, kami ingin ingatkan Patrick Teoh, anda perlu faham, Malaysia ini, agama rasminya agama islam. Orang cina dan bangsa lain selalu mengaanggap mudah perkara ini. Suka-suka nak “picit” pasal isu agama. Kemudian minta maaf. Perkara macam ni memang tidak boleh dibiarkan selalu.

patrick teoh hina islam

Patrick Teoh meminta maaf atas kenyataannya

“2 (to) all Muslims, my sincere apologies for d (the) offending FB post. It’s been deleted n (and) reasons are there for ur (your) scrutiny. Thank you for ur (your) patience. [Kepada umat Islam, saya minta maaf secara ikhlas atas mesej FB yang menyinggung perasaan. Ia sudah dikeluarkan dan sebab berkaitan (ada disertakan) untuk penilaian anda. Terima kasih atas kesabaran anda.”

Benda-benda macam ini lah yang selalu merosakkan keharmonian kaum dalam Malaysia ini. Perlu diingat, bangsa Melayu beragama Islam merupakan majoriti dalam Malaysia. Kalau asyik “dijentik” dengan isu begini berkali-kali, tidak mustahil ia akan menimbulkan kebencian orang melayu terhadap bangsa lain.

Perlu ada sikat berhati-hati untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang sensitif dan boleh “mengusik” perasaan bangsa lain. Kita hidup dalam pelbagai kaum, perlu menjaga adab dan sopan masing-masing dalam berbicara.Jangan main lepas cakap sahaja. Apa pendapat anda mengenai isu ini?

P.S. Mana pergi Ibrahim Ali Perkasa? Selalunya kalau isu-isu begini memang beliau paling lantang…

{ 1 comment… read it below or add one }

Tahrim razman January 19, 2013 at 12:42 pm

Huh bangs at punye olang

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: