Permohonan Kemasukan Ke SBP 2014 Tingkatan 1 & 4 Secara Online!

by Staff Agenda Semasa on August 28, 2013 · 0 comments

Permohonan SBP 2014SBP 2014 : Bagi adik-adik yang memang berhajat hendak memilih Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2014 depan, peluang sudah terbuka kepada adik-adik semua.

Menurut kenyataan rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia, permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013.

SBP 2014 : Permohonan Kemasukan Ke SBP 2014 Secara Online

Untuk membuat permohonan, sila KLIK pada pautan laman web di bawah :

SBP 2013 : Syarat-Syarat Kemasukan SBP 2014 Tingakatan 1

  • Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
  • dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.

SBP 2013 : Syarat-Syarat Kemasukan SBP 2014 Tingkatan 4

  • Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran bahasa antarabangsa contohnya bahasa Arab
  • memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dan sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain

P.S. Ingat, Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 15 Oktober 2013

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: