Permohonan Rumah PR1MA Malaysia Secara Online Dibuka. Berminat?

by Staff Agenda Semasa on December 12, 2012 · 1 comment

permohonan rumah pr1maPermohonan Rumah PR1MA Malaysia Secara Online : Berita baik kepada yang belum ada rumah sendiri atau rumah pertama, Permohonan Rumah PR1MA Malaysia  boleh dilakukan secara online bermula pada hari ini.

Sebelum ini, Permohonan Rumah PR1MA Malaysia didakan secara manual, namun dengan adanya sistem permohonan rumah PR1MA secara online ini, ia akan memudahkan lagi bakal pembeli rumah untuk membuat permohonan.Untuk membuat permohonan, anda semua boleh melayari ke laman web PR1MA di www.PR1MA.my

Syarat-Syarat Permohonan Rumah PR1MA

permohonan pr1ma online

  1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  3. Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
  4. Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  5. Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

Cara Memohon Rumah PR1MA Secara Online

Sila layari www.pr1ma.my untuk membuat permohonan.

Video Komersil Rumah PR1MA

Contoh Rumah PR1MA (Seremban, Negeri Sembilan)

permohonan pr1ma malaysia

Kalau tengok pada contoh-contoh pembangunan Rumah PR1MA di Seremban Utara ini, memang nampak cantik dan menarik.

permohonan PR1MA online

Rumah PR1MA Malaysia dibeli  melalui proses pengundian terbuka. Jadi setiap daripada anda yang memohon ada peluang yang sama rata.(Harap-harapnya begitulah)

Kami kerajaan diharap dapatlah mempertimbangkan supaya syarat kelayakan bagi pendapatan isi rumah direndahkan lagi. Kami merasakan, bahawa golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah RM 2,000 ke bawah lebih memerlukan dan patut diberi lebih perhatian.

Namun yang paling baik,syarat dalam memiliki rumah skim rumah PR1MA Malaysia ini, rumah tersebut tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA selama 10 tahun dan  pemilik mesti tinggal di rumah PR1MA tersebut. Jadi, sudah tentu ianya dapat berlaku adil kepada individu atau keluarga yang ingin membeli rumah pertama daripada pelabur hartanah yang membeli sesuatu rumah dengan tujuan pelaburan atau menjual semula bagi mendapat keuntungan.

Kerajaan Malaysia akan memberikan tumpuan pembinaan rumah PR1MA malaysia di  Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Sarawak, Penang (Pulau Pinang), Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.Negeri-negeri lain, akan menyusul kemudian.

Tahniah kepada Kerajaan Malaysia, PR1MA lahir sebagai salah satu usaha yang bagi membantu rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri. Harapan kami agar selepas ini, dapat diperbanyakkan pada masa yang akan datang rumah mampu milik di bawah skim PR1MA Malaysia.

 

{ 1 comment… read it below or add one }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: