33

(Informasi) Cara Semakan CTOS Secara Online-Lebih Mudah!

nak semak ctosCara Semak CTOS Secara Online: Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut, adalah lebih baik kami memberi sedikit penerangan mngenai apa yang dikatakan dengan CREDIT TIP OFF SERVICES (CTOS) ini.

Apa itu CTOS?

CTOS Sdn. Bhd adalah dalam erti kata mudahnya, sebuah badan syarikat yang mengumpulkan maklumat dat-data kewangan peribadi seseorang individu atau syarikat seperti perintah saman,notis kebankrapan dan perintah muflis. Kesemua maklumat ini diambil dan diletakkan ke satu pengkalan data untuk tujuan semakan, samada daripada pihak bank (yang memang selalu pakai CTOS ini) mahupun individu perseorangan.

Kami tidak mengetahui dari mana sumber mereka mendapat maklumat.Namun ada yang berkata mereka mendapat maklumat daripada laman akhabar untuk mendapatkan maklumat notis kebankrapan dan ada juga sumber memberitahu bahawa maklumat juga diberikan kepada CTOS oleh pihak penyedia perbankan sendiri.

Kebanyakan yang menjadi mangsa maklumat CTOS ini adalah terdiri daripada pengguna kad kredit yang tidak membayar dan begitu juga dengan pembeli rumah atau hartanah.Dan akiat daripada tidak dapat membayar pinjaman atau kredit yang telah diberikan, ramai yang telah disytihar muflis.Kebanyakkan mereka yang diisytihar muflis merupakan di kalangan anak-anak mudah di dalam golongan umur 21 hingga ke 40 tahun.Kadar muflis di kalangan belia adalah amat membimbangkan.

Apa yang penting, kebanyakan pemberi pinjaman kredit samada bank atau pemberi syarikat kredit lain masih ada yang menggunakan CTOS untuk membuat semakan terhadap sejarah kewangan seseorang individu.Biasanya, yang mana dah ada “sejarah” hitam dalam CTOS, sudah pasti sukar mendapatkan apa-apa pinjaman. Untuk keterangan lanjut mengenai CTOS, anda boleh terus ke laman web mereka yang disediakan melalui link di bawah

Cara Semakan CTOS Secara Online

Sebelum ini, agak ramai yang susah nak buat semakan nama mereka dalam CTOS walaupun dibenarkan berbuat demikian. Ini kerana, individu yang ingin membuat semakan perlu datang sendiri ke pejabat CTOS di Megan Avenue di Jalan Tun Razak.Sudah pasti ini akan membebankan mereka yang duduk jauh daripada Kuala Lumpur.

Namun yang baiknya, CTOS Sdn. Bhd. sudah mula membangunkan laman web online khas kepada individu mahupun syarikat untuk membuat semakan sendiri atau “Self-Check” CTOS dengan mendaftar di laman yang disediakan. Berikut di bawah kami tunjukkan cara-cara mendaftar untuk membuat semakan CTOS dan mendapatkan report atau penyata CTOS anda.

Pergi ke https://ctosid.ctos.com.my/ctosid/Welcome? untuk mulakan pendaftaran.Klik pada “Register CID” pada gambarajah dibawah.

check CTOS online

Langkah pertama pendaftaran CID CTOS

Ada 3 cara untuk Register CID untuk membuat semakan CTOS.3 Cara tersebut adalah( Dalam bahasa English):

OPTION 1: By Online Registration
Complete the online registration form. Send the printed online registration form with a photocopy of your MyKad(both sides) to CTOS.

OPTION 2: By Biometric Registration:
Please bring your MyKad to the CTOS office. Your CID registration will be completed upon biometric verification.

OPTION 3: By Manual Registration:
Complete the CID Application Form. Send the completed form and a photocopy of your MyKad(both sides) to CTOS.
Click here to download the CID registration form.

Memandangkan anda ingin menyemak secara online, maka teruskan menekan butang seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah untuk meneruskan pendaftaran CID

check CTOS online how

Langkah ke-2 Pendaftaran CID CTOS

Baca terma dan syarat yang dipaparkan terlebih dahulu.Ada 2 veris iaitu English dan bahasa melayu.Namun, nasihat kami, baca kedua-duanya sekali, kerana sekiranya terdapat konflik mengenai maklumat, terma dan syarat dalam Bahasa Inggeris akan digunapakai. Setelah puas hati dengan terma dan syarat, tekan butang “Agree” untuk meneruskan pendaftaran.

how to check ccris ctos

Langkah ke-3 Pendaftaran CID CTOS

Isikan maklumat seperti yang diminta.Kotak yang mengandungi tanda * adalah Mandatori, bermakna ianya perlu disi dengan maklumat. Setelah selesai mengisi maklumat, klik pada butang seperti gambarajah di bawah.

apa itu ctos

Langkah ke-4 Pendaftaran CID CTOS

Sekiranya alamat anda adalah sama dengan alamat yang tertera di dalam MYkad, maka anda hanya perlu tick sahaja kotak yang disediakan dan teruskan dengan mengisi maklumat mengenai pekerjaan pula.Sekiranya alamat berbeza, maka anda perlu mengisi maklumat tersebut terlebih dahulu, atau pendaftaran anda mungkin tidak diluluskan.

how to check my ctos online

Langkah ke-5 Pendaftaran CID CTOS

Isikan maklumat pekerjaan seperti yang diminta.Kemudian, akhir sekali, tekan butang “Save Registration Details”. kemudian, login ke akaun E-mail anda untuk mendapatkan pengesahan serta gunakan alamat E-mail tersebut untuk anda menghantar salinan MYKAD anda.Ini langkah penting kerana sekiranya anda menghantar salinan MYKAD anda, pendaftaran anda tidak dapat diluluskan.

semak ctos

Langkah Ke-6 Pendaftaran CTOS

Dalam masa 24jam, sekiranya anda telah mengikut langkah-langkah yang diberikan, anda akan dapat login ke akaun CTOS anda dan boleh membuat semakan CTOS.

Yang pastinya, dengan kemudahan terbaru ini, menyemak CTOS secara online jelas dapat menjimatkan wang dan masa.Namun ingin sekali kami tegaskan, kami sesekali tidak bersetuju dengan CTOS ini.Mungkin ada diantara anda juga mempunyai pendapat yang sama dengan kami.

Walauapapun, akan kami ceritakan lebih lanjut mengapa kami tidak bersetuju dengan perkhdimatan CTOS ini di artikel yang akan datang.Sekiranya anda merasakan artikel ini layak untuk dikongsi dengan rakan-rakan lain, mengapa tidak anda share dengan kawan-kawan anda? Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh sahaja menghubungi mereka dalam kotak maklumat dibawah.

CTOS DATA SYSTEMS SDN BHD (247651H)
Unit A-8-4, 8th floor Megan Avenue 1,
No.189 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

Call Us
Tel: 03-2770 8833 Fax: 03-2770 8664

P.S. Untuk cepatkan proses kelulusan pendaftaran, telefon sahaja no yang kami berikan dan minta mereka semak dengan pendaftaran anda.Pastikan anda telah menghantar salinan MYKAD terlebih dahulu.Biasanya, ia akan mengambil 4 jam untuk diluluskan.

 

 

 

 

33 Comments

  1. Nama saya dah dilepaskan dari title bankrap tapi CTOs masih xlepaskan nama saya. Apa lagi yg depa nak? Nak kena menyembah depa ke?.

    • kena pegi sana dan bawa salinan pembayaran hutang2 tersebut..mereka tak akan keluarkan nama dari senarai CTOS cuma letak dah settle sahaja.

  2. memang lancau la ini CTOS, dah bayar hutang, nama ada lg, babi sial btol, elok lingkop la syarikat ni, kerajaan pun sama satu hal support benda ni….haramjadah

  3. mcmana nak tahu id kita untuk login ? dah isi dah semua… huhu

    • saya beli ansuran sofa kat pasaraya mamoth mereka hantar surat mengatakan mereka nak bagi maklumat saya kat ctos aduh gila gila

  4. saya nk tnya ni.klo kita photostate ic kemudian hntr kepada ctos melalui pos boleh ke???sapa tahu,tlg jwb skejap.

  5. mcmmana nak cek nama kita dah clear ke tidak melalui online.susahlah.sb saya dah buat full setelment dgn rhb easy.cuma nak tau status nama saya dah clear koe belum..

        • lepas daftar online, print borang daftar dan scan ic anda untuk [pengesahan dan hubungi 03-2722 8833 serta minta alamat email untuk hantarkan kad pengenalan yang telah discan

  6. jika dah settle hutang, tapi nama masih ada di ctos..so saya nak buat loan mana-mana bank boleh lulus ke tak?

    • bergantung..ada sesetengah bank hanya lihat pd CCRIS..dan bukan CTOS.

  7. Kalau nama ada dalam ctos atau ccris boleh ke pergi ke luar negara?

    • boleh semak semakan senarai hitam keluar negara di laman web kastam..

  8. problem lah regis online…dari last week buat benda ni..time request TAC dari pagi sampainya pukul 8pm..dah tak valid lah dengan serial no tu? any suggestion…?

  9. Court mamont tipu pengguna barang dah bagi balik pastu nak duit lagi kalau barang dah pulangkan buat apa nk bayar lagi.kalau bayar bukan dapat barang tu balik memang kaki penipu kalau beli cash x layan customer.kalau hutang Fisrt klas layanan nya….hampeh betul kalau x bayar nk saman org je menyesal beli brg kat courtmamont….

  10. SAYA PUN..NAK BELI OVEN CASH DI COURTS RM320 TAPI DIA KATA HUTANG LG MURAH KAK..RM260.00..AIKK PELIKKK..
    CTOS NI PUN SAMA BANGSAT..SYARIKAT LUAR AMIK KESEMPATAN..ADA SANGKUT SIKIT ABES SEMUA JADI MASAALAH..NK BELI RUMAH PON HAMPEHH…

  11. ingin saya mencadangkan kepada pihak berkaitan dengan pemberi pinjam wang ,rugi ke tidak sekiranya pihak ctos memberi peluang kedua kepada peminjam yang ada masalah penjelasan pertama supaya diberi peluang kedua untuk dapatkan pinjaman penjelasan hutang.saya rasa tidak rugi jika dia berbuat begini dari lambakan peminjam yang masih tersangkut,tercari-cari tempat meminjam dan berapa banyak kos guaman dan jumlah peminjam yang akan didakwa,adakah ini berbaloi dengan cadangan saya diatas?

  12. salam
    Baru2 nie saya ingin membuat pinjaman kat mana2 bank. Tetapi malangnya nama saya reject. Saya telahpun pergi check nama di Bank Negara dan telah memberikan fotocopy kepada saya yang nama memang bersih daripada pinjaman bank. Syarat gaji memang boleh seperti mana bank kehendaki. Bekenaan dengan pembelian mana2 kedai seperti Celcom, digi, Astro dan Seng Heng telahpun sya check dan mendapati nama saya bersih daripada perhutang.Sekarang sya amatlah buntu, apakah yg perlu sya buat supaya saya dpt membuat pinjaman dengan bank. Terima Kasih. 😀

    • cuba semak di CTOS onlin.Mungkin ada nama puan encik di situ

      • Terima kasih atas balasan anda. Adakah perlu sya membuka acc di CTOS online. Boleh saya dapatkan website CTOS Online? Terima kasih

  13. Hye..saya ingin tahu jika sudah daftar CTOS tetapi masih belum hantar salinan IC (front n back) adakah nama sudah tersenarai dalam CTOS??Harap pihak berwajib dapat membalas secepat mungkin.

    • nama anda pasti sudah ada dalam ctos..tetapi jika anda belum menghantar salinan ic, pasti saudara belum boleh menggunakan aplikasi online lagi.

  14. Saya telah disenarai hitam oleh pihak Bank RHB. Tetapi saya telah pun menyelesaikan semua hutang saya dengan Bank RHB Pihak Bank RHB telah pun mengeluarkan surat penyelesaian tersebut. Tetapi walaupun telah 2 tahun
    berlalu nama saya masih lagi disenarai hitam. Saya mohon pihak tuan agar mengeluarkan nama dari senarai tersebut.
    Terima kasih

    ABDUL MALEK BIN MAT SAM
    K/P; 600614-06-5095

  15. Please get me to register online …..
    Please advise on how to do the registration online….

  16. SAYA DAH PENING KEPALA DENGAN CTOS NIE… SAYA SENDIRI PUN TAK TAHU SAYA ADA HUTANG SIAPA SAMPAI LOAN SAYA KENA SEKAT. NAK REGISTER PUN TAK BOLEH LEPAS-LEPAS LAGI DARI LAST WEEK . KALAU BOLEH MINTA TLG PIHAK BERKENAAN E-MAIL SAYA SECEPAT MUNGKIN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *