Semakan Permohonan BR1M 3.0 Secara Online & Rayuan BR1M 3.0

by Staff Agenda Semasa on February 18, 2014 · 3 comments

Semakan BR1M 2014 Online

Semakan BR1M 2014 : Mulai 22 Februari 2014 ini, pemohon yang layak untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 3.0 sudah boleh membuat semakan mengenai status permohonan BR1M anda.

Semakan BR1M 2014 Secara Online

Untuk membuat semakan BR1M 2014 anda, ada 3 cara yang boleh anda gunakan.Lihat perkongsian cara membuat semakan di bawah.

1. Talian Hotline BR1M 2014

Untuk membuat semakan BR1M 2014, pemohon boleh hubungi talian Hotline BR1M 2014 di talian 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

2.Emel BR1M 2014

Semakan keputusan BR1M 2014 boleh juga disemak melalui emel br1m3@treasury.gov.my bermula Februari 2014. Pemohon akan menerima balasan sekitar 1 hinga 3 hari bekerja. Pemohon perlu memasukkan nama dan no kad pengenalan ke emel tersebut.

3. Melalui Pejabat Pos

Bagi yang tidak kemaskini akaun bank untuk permohonan BR1M 2014 kali ini, pemohon yang berjaya akan dihantar surat pengesahan ke alamat pemohon secara berperingkat-peringkat. Pemohon akan diberitahu tempat pengambilan baucar BR1M 2014 dalam surat tersebut.

Jika semakan BR1M 3.0 anda gagal, terbaru, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ada membuat kenyataan yang anda boleh membuat rayuan mengenai permohonan BR1M 2014 anda dan LHDN bersedia untuk menimbangkan semula keputusan mereka.

Cara Permohonan Rayuan BR1M 2014

Permohonan Rayuan BR1M 2014

  • Individu yang gagal dalam permohonan BR1M 3.0 mereka perlu hadir sendiri ke LHDN berdekatan untuk menghantar semula permohonan rayuan.
  • Anda juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuklah penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 agensi lain termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ)
  • Selepas mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN, permohonan akan diproses samada rayuan BR1M 2014 ada lulus atau gagal.
  • Pembayaran wang bantuan BR1M 2014 akan dimasukkan ke akaun pemohon setelah keputusan rayuan BR1M 3.0 anda diluluskan.

Bagi permohonan yang diluluskan, pembayaran bantuan BR1M 2014 akan terus dimasukkan ke akaun masing-masing pada 22 Februari 2014 ini, manakala pemohon yang tidak mempunyai akaun bank, pengagihan akan dilakukan bermula pada 23 Februari 2014 dalam tempoh 20 hari.

Tengah-tengah kita berhadapan dengan segala kenaikan harga barang dan taraf hidup ni, Bantuan BR1M seperti ini amatlah membantu golongan yang kurang berpendapatan.Sekurang-kurangnya, dapat legakan sedikit kerisauan.

 P.S. Jangan lupa untuk buat Semakan BR1M 2014 anda!

{ 2 comments… read them below or add one }

SUHAIMI BIN ABD RAHMAN April 24, 2014 at 1:41 pm

Adakan saya layak menerima BR1M gaji sebanyak RM3100
1 DAN 2 saya layak harus pertimbangkan

Reply

Mohamad Khairil Haris May 16, 2014 at 10:47 pm

Adakah saya layak menerima BR1M dan gaji saya adalah sebanyak RM1,760.00?

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: