Sharifah Sakinah Akui Sedang Bercinta Dengan Anak Erma Fatima, Shamil Equan

by Staff Agenda Semasa on May 31, 2013 · 1 comment

Sharifah Sakinah dan Shamil Equan

Kita lupakan sebentar kontorversi “video-video panas “ Sharifah Sakinah sebelum ini.Hakikatnya, dia memang “gila-gila”.Biarkan sahaja.Ada berita terbaru mengenai Sharifah Sakinah untuk hari ini.Berita apa?

Tanpa kami sangka, dengan senyap-senyap,  Sharifah Sakinah dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan anak teruna pengarah tersohor, Erma Fatima iaitu Shamil Equan, 22 tahun.

Menjawab pertanyaan MH Online, Sakinah yang juga adik kepada Sharifah Shahira mengakui hal tersebut.

“Saya akui kami sedang bercinta dan hubungan kami sudah bermula sejak tahun lepas lagi.  Buat masa sekarang, biarlah kami ‘just go with the flow’,” ujar Sakinah jujur.
Ditanyakan sejauh mana sikapnya dalam hal ini kerana dia sering dilihat tidak serius, kata Sakinah;
“Saya bila berkawan memang tidak suka main-main.  Saya akan berikan sepenuh komitmen.  Cuma,  kali ini kisah percintaan saya mendapat perhatian disebabkan saya berkawan dengan anak Erma Fatima.”
P.S. : Kami doakan hubungan Sharifah Sakinah dan Shamil Equan akan terus mekar selalu.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: