Skim MyHome : Pinjaman Perumahan (Maksimum RM 30,000) Kepada Pembeli Rumah Pertama Pendapatan Bawah RM 3,000.Berminat?

by Staff Agenda Semasa on February 15, 2014 · 3 comments

Skim MyHome

Skim Pinjaman Perumahan MyHome : Satu lagi berita baik yang diumumkan oleh kerajaan untuk rakyat.Kepada yang masih belum mempunyai rumah, Kerajaan Malaysia ada meyediakan skim baru bagi pinjaman perumahan untuk pembeli pertama yang berpendapatan RM 3,000 sebulan dan ke bawah . Skim apa?

Skim MyHome adalah skim di mana Kerajaan menawarkan subsidi maksima RM30,000 bagi membeli rumah kos rendah kepada  individu berpendapatan RM3,000 ke bawah menerusi program MyHome yang akan dilancarkan 1 April ini.

Maklumat mengenai Skim Pinjaman Perumahan MyHome

  • Subsidi maksimum RM 30,000 untuk pembelian rumah kos rendah
  • Terhad kepada individu yang berpendapatan RM 3,000 dan ke bawah.
  • Sebanyak 10,000 unit rumah akan dibina kerajaan dalam tahun 2014 untuk Skim MyHome ini
  • Syarat yang digariskan ialah pembelian rumah ini merupakan pembelian rumah pertama dan tidak boleh dijual selama 10 tahun.
  • Pemaju swasta perlu memohon kepada kerajaan untuk membina rumah di bawah skim ini.
  • Subsidi maksima RM30,000 pula bergantung kepada kos pembinaan rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri dan kerajaan akan membayar subsidi itu terus kepada akaun pemaju.
  • Sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut namun pemohon bagaimanapun perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Pada kami, skim MyHome ini adalah sangat baik.Dan dengan pelaksanaan skim MyHome ini,ia sedikit sebanyak dapat membantu rakyat yang masih tidak mempunyai rumah pertama untuk memiliki rumah sendiri.

Selain itu, dengan syarat penjualan semula rumah selepas 10 tahun, ianya sekaligus dapat mengurangkan di antara pembeli rumah pertama dan individu yang membeli rumah untuk membuat pelaburan.

Kami mempunyai cadangan untuk menambah baik Skim MyHome ini.Antaranya adalah :

  • Subsidi ditukarkan kepada bentuk pinjaman dan had pinjaman yang ditanggung kerajaan adalah 30% daripada nilai pinjaman perumahan.
  • Syarat kelayakan nilai pinjaman perumahan dihadkan kepada RM 200,000 maksimum dan individu berpendapatan RM 3,000 sebulan dan ke bawah.
  • Bayaran Pinjaman semula kepada kerajaan bermula selepas 5 tahun.
  • Penjualan semula rumah tidak dibenarkan sehingga pinjaman daripada kerajaan diselesaikan sepenuhnya.

Kami sambut baik skim MyHome ini.Dan kalau ditambah-baik seperti cadangan kami, sudah pasti harga rumah dapat dikawal daripada melambung.

{ 3 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: