(Tahniah!) Moto3 GP Sepang Malaysia-Zulfahmi Naib Juara!

by Staff Agenda Semasa on October 22, 2012 · 0 comments

keputusan motogp sepang 2012Keputusan Moto3 GP Sepang Malaysia: Muhammad Zulfahmi mencatat sejarah Moto3 GP dimana beliau mendapat podium ke-2 pada perlumbaan yang berlangsung pada pukul 1 petang tadi di Litar Sepang, Malaysia.

Zulfahmi Khairuddin

Setelah mendapat kedudukan pertama semalam dalam catatan masa terbaik, Zulfahmi yang bermula dengan baik dapat mengekalkan penguasaan sepanjang masa perlumbaan namun akhirnya terpaksa menyerah kedudukan pertama kepada Sandro Cortese, yang juga sekaligus dinobatkan Juara Moto3 GP, selepas mempamerkan aksi hebat memotong pelumba negara pada pusingan terakhir.

Kami, sebagai rakyat Malaysia, sememangnya berasa bangga dengan pencapaian Zulfahmi dan kami berasakan bahawa beliau sememangnya mempunyai potensi untuk bergelar juara selepas ini.Sekiranya diberi pendedahan dan juga latihan yang berterusan, disamping setting jentera perlumbaan yang baik, tidak mustahil Zulfahmi akan berterusan mencatat keputusan yang baik untuk setiap perlumbaan Moto3 GP musim hadapan.

┬áP.S. Harap kerajaan turunkan cukai moto superbike untuk beri galakan kepada anak-anak muda seperti Zulfahmi….

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: