(Update) Tiket Percuma Air Asia 2013 Dalam Program Integrasi 1 Malaysia-Lebih 10,000 Tiket Ada Ditawarkan!

by Staff Agenda Semasa on January 9, 2013 · 1 comment

tiket percuma air asia 2013Tiket Percuma Air Asia 2013 : Dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak sokongan terhadap kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan satu lagi Program 1 Malaysia yang dinamakan “Program Integrasi 1 Malaysia” hasil usahasama dengan syarikat penerbangan tambang murah terkemuka Air Asia untuk membuat tawaran penerbangan percuma yang diberikan untuk laluan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tiket Percuma Air Asia 2013 (Program Integrasi 1 Malaysia)

tiket percuma air asia-program integrasi 1 malaysia

Jadi, bagaimana untuk membuat tempahan tiket percuma Air Asia 2013 dalam Program Integrasi 1 Malaysia ini? Sila ikut cara-caranya di bawah.

Cara Menempah Tiket Percuma AirAsia (Program Integrasi 1 Malaysia)

  1. Permohonan boleh dibuat di laman web AirAsia di www.airasia.com/my
  2. Hanya 10,000 tiket ditawarkan dalam Program Integrasi 1 Malaysia
  3. Tempoh Tempahan sudah bermula pada hari ini 9 Januari 2013 hingga ke tarikh yang diberitahu kelak.
  4. Tempoh penerbangan adalah dari 14 Januari hingga 4 Fberuari.

Laluan Penerbangan Program Integrasi 1 Malaysia

Tempat duduk percuma dalam Program Integrasi 1 Malaysia ini hanya sah untuk laluan…

  1. Penerbangan  dari Timur Malaysia ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
  2. Penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Kota Kinabalu,Bintulu, Sibu, Tawau, Miri Kuching, Labuan, dan Sandakan.

tiket percuma airasia 2013Syarat-Syarat Lain Dan Cara Pembayaran Tiket Percuma Air Asia 2013 (Program Integrasi 1 Malaysia)

  1. Pembayaran boleh dibuat secara online dilaman web Airasia melalui Maybank2u, Cimbclick atau melalui perkhidmatan Visa atau Mastercard.
  2. Cukai lapangan terbang akan dikenakan, walau bagaimanapun tambang dan surcaj bahan api tidak termasuk di dalam harga tiket dan dimansuhkan.
  3. Perkhidmatan peruntukan bagasi serta pemilihan tempat duduk juga tidak termasuk dalam tawaran tersebut.

Rasanya, ramai yang akan merebut peluang untuk mendapatkan tiket percuma Air Asia 2013 ini. Sayang sekali tawaran ini tidak dibuat semasa cuti sekolah yang lalu.Atau ianya memang telah ditetapkan dari awal? Bagaimana dengan pendapat anda? Berminat nak buat tempahan bagi tiket percuma AirAsia 2013 dalam Program Integrasi 1 Malaysia?

P.S. Dengar cerita ramai yang dah cuba buat tempahan, tetapi tak jumpa pun tiket yang dijanjikan…

Updated!!!

AirAsia kali ini meneruskan lagi Program Integrasi 1 Malaysia dengan 10,000 tempat duduk percuma.Ianya dibuka mulai hari ini 15 Februari 2013 pukul 12.01 pagi selama 24 jam.Untuk maklumat lebih lanut, baca keratan akhbar di bawah.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10,000 tempat duduk percuma ditawarkan oleh Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd untuk tempahan ke destinasi di semenanjung, Sabah dan Sarawak pada Jumaat bagi perjalanan 1-30 April.

Tempat duduk percuma berkenaan hanya sah bagi penerbangan dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Bagaimanapun tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan bagi penerbangan domestik dalam semenanjung atau Sabah dan Sarawak, demikian menurut AirAsia dalam satu kenyataan.

Tempahan bagi tempat duduk percuma itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia dengan MyKad selama 24 jam bermula 12.01 pagi 15 Februari 2013. Walaupun tambang dan surcaj bahan api diketepikan, cukai lapangan terbang akan dikenakan.

“Peruntukan bagasi, makanan dalam penerbangan, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan nilai tambah lain juga tidak termasuk dalam tambang murah berkenaan,” katanya.

Tawaran berkenaan merupakan sebahagian program ‘Integrasi 1Malaysia dengan AirAsia’ yang dilancarkan awal bulan lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: